Tuesday, January 11, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I)

Assalmualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah 3x, akhirnya sampailah juga giliran saya untuk memberi tazkirah di kelas pada hari ini. Pada hari ini, saya ingin berkongsi analogi yang mungkin lebih dekat di hati para sahabat sendiri iaitu mengenai sukan yang tidak asing lagi, baik 'netball', 'rugby' mahupun 'futsal' dalam kehidupan kita semua.

Hidup ini umpama permainan itu sendiri. Apabila kita sudah bersetuju untuk bermain, secara automatiknya, kita terikat dengan peraturan permainan yang telah ditetapkan. Kalau kita tak mahu ikut peraturan tersebut, dari awal lagi tak perlu nak main dan duduk saja di luar gelanggang. Begitu juga dengan Islam, jika kita sudah bersetuju untuk menjadi seorang Muslim, maka tak ada sebablah untuk kita menolak hukum-hukum yang telah ditetapkan. Mahu atau tidak, memang kita wajib ikut. Dan peraturan itu bukanlah nak menyusahkan pun, tapi adalah untuk membawa kita kepada kemenangan di akhir permainan nanti dan pastinya kemenangan mutlak adalah di akhirat sana nanti.

Dalam permainan juga, masing-masing punya posisi tertentu dan perlu menjalankan peranan masing-masing. Jika dalam netball, GA dan GS menjaringkan gol, dalam rugby ada fullback, eightman, flanker dan lain-lain, dalam futsal pula, striker, midfield dan lain-lain. Walaupun posisi berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk menjaringkan gol kemenangan. Bila si sahabat dapat bola, kita tak ada pun nak terasa hati sebab kita tahu tujuan kita dengannya sama-sama untuk mencapai kemenangan. Begitu juga dalam hidup, masing-masing ada tugasnya, kita sama-sama berukhuwah, bekerjasama untuk mencari redaNya. Jika sahabat kita punya kelebihan, kita tak ada pun rasa cemburu dengannya sebab kita tahu dengan kelebihannya itu, kita dan dia akan sama-sama mencari redanya.

Dan bola dalam permainan pula, kita tak susah-susah rebut, dapatkan hanya untuk kita simpan. Kalau kita tahu bola itu tak mampu bantu kita capai kemenangan, maka, tak perlulah kita berhempas pulas mengejarnya. Ibaratnya, bola itu adalah medik yang sedang kita pelajari sekarang. Allah telah memberikan kita peluang yang amat berharga dengan medik ini untuk kita kembali semula pada tujuan asal penciptaan kita iaitu sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Dengan ilmu medik inilah kita akan sama-sama mengembalikan kegemilangan Islam, sama-sama berbakti demi agama kita dan skor untuk menjadi hamba dan khalifah terbaikNya. Biiznillah :)

Semoga kita sama-sama dapat 'something' daripada 'sharing' saya ini :)

"Individual glory is insignificant when compared to achieving victory as a team"

menaip dari hati untuk menyentuh hati-hati,
S.Z.M.R
inspirasi dari kemenangan Cempedak Gempak :)

1 comment:

  1. akhirnya..hehe.
    bak kata pepatah,"bia patah gigi jgn patah gusi" hahha.
    "Berjaya bersama itu hebat,Fail bersama itu Keparat"..

    p/s- cempedak x basi ag k?.~

    ReplyDelete

orang gembira!