Sunday, January 9, 2011

CEMPEDAK GEMPAK DAN CRISTA GALLI MENCIPTA SEJARAH

Wartawan : centre yang sedang kesakitan :p

ISTAD GAMAAH, 07 JANUARI 2011 :  Kelmarin, telah diadakan pertandingan Netball Intermatch Peringkat Tanta yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Perubatan Cawangan Tanta Sesi 2010/2011. Pertandingan ini telah dibuka kepada semua akhawat di bumi Tanta dan kelas Group C Tahun 2 dengan bersemangat sukan nak kuruskan badan yang tinggi melangit telah menghantar penyertaan sebanyak 2 teams iaitu Cempedak Gempak dan Crista Galli yang bertemakan baju hitam, bertudung 'pink' dan ber'headband' merah.


Cempedak Gempak menghangatkan suasana Istad Gamaah sebagai pasukan pertama bertanding. Sokongan yang diberikan oleh ahli pasukan sorak yang diketuai oleh A*s*h M*h* telah menaikkan lagi semangat para pemain dan kehangatan gelanggang. Berkat kesungguhan para pemain, mereka telah memenangi perlawanan dengan team D-Featers dengan mata sebanyak 3-2 dan mara ke semi final.

Kehangatan diteruskan dengan perlawanan antara team Crista Galli dan Red Wings pula. Namun, nasib tidak menyebelahi dan mereka tewas di tangan pihak lawan. Perjuangan diteruskan oleh Cempedak Gempak dengan sokongan padu dari seluruh ahli Group C walaupun ramai pemain yang mengalami kecederaan. Akhirnya, team Cempedak Gempak menamatkan perjuangan dengan kalah bergaya di tangan team Red Wings sekali lagi dengan keputusan di tempat ke 3 secara keseluruhan.

Semua ahli Group C akhawat dilaporkan hadir sama ke Istad Gamaah walaupun ada salah seorang dari mereka yang terpaksa pulang ke Maarad semula kerana tuntutan tugas kepada negara PCT. Salah seorang pemain dari team Crista Galli telah mengalirkan air mata sebagai tanda terharunya atas sokongan padu dan kekuatan ukhuwah di antara ahli Group C sambil berkata, "Now I know why I love Group C". Ketua Pasukan Cempedak Gempak dan Crista Galli juga turut menyatakan rasa terharu mereka atas sokongan padu yang diberikan oleh ahli-ahli Group C yang lain.

Semoga ukhuwah yang terjalin semasa pertandingan dapat dikekalkan hingga ke syurga. Terima kasih atas kerjasama semua membawa masakan masing-masing ke Istad Gamaah pada hari pertandingan dan tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah mengharumkan nama Group C. Mabrouk Alaykum!

6 comments:

  1. hom..bleh ambik gambar kot esok.insyaAllah,~

    ReplyDelete
  2. cempedak gempak n crista galli kene main blik depn anis..huhu

    ReplyDelete
  3. nk gmba!!!ala z..sbut jela aisah mohd..hehe..

    ReplyDelete
  4. sy bangga walaup0n sekadar peny0kong~
    syg korang sumer kerana Allah..

    ReplyDelete

orang gembira!