Wednesday, April 20, 2011

Bank of Time

Bayangkan setiap pagi, anda menerima wang sebanyak 86 400LE. Anda perlu menggunakan keseluruhan wang tersebut sebelum bermulanya hari baru. Wang yang tidak dapat dihabiskan, akan diambil semula oleh bank tersebut dan tidak boleh dituntut atau dipindahkan. Mahukah anda membiarkan wang tersebut diambil semula oleh bank? Pastinya TIDAK! 86400LE boleh dapat berbijik2 DSLR, sebijik kereta, KAHWIN!

Hakikatnya, anda memang menerima 86 400 itu dari NATIONAL BANK OF EGYPT BANK of TIME anda. Setiap hari, anda mempunyai 86 400saat. Jika anda tidak menggunakan setiap saat ini dengan baik, anda tidak akan dapat menuntutnya semula atau pun menggantikannya.

Jadi, mulai saat anda terketuk dengan post ini, gunakanlah Bank of Time anda sebaiknya! kalau tidak, anda yang RUGI! uruskan masa dengan sebaiknya. gunakan semaksimum mungkin. moga MUMTAZ bersama tahun ini :)

-52-

resepi KITA- Cheese Cake

Bahan-bahan :
Cheese brand President, Labanita or yg sewaktu dengannya 2kotak (1 kotak ade 8 portions)
Biskut Borio 1 packet (packet besar)
Jelly 2 kotak (ikut la nak perasa ape)
Butter / minyak
Air panas
Gula

Cara memasak :
  1. mulakan dengan bismillah dan betulkan niat :)
  2. bancuh jelly menggunakan air panas.
  3. blend cheese dan air bancuhan jelly dan letakkan gula
  4. hancurkan biskut dan gaulkan dengan minyak / butter. mampatkan dalam bekas dan bako selama 5 minit
  5. tuangkan hasil cheese yg diblend bersama jelly ke atas biskut yang sudah dibakar
  6. sejukkan dan sedia untuk dimakan
*minyak letak dalam 3-5 sudu
*air untuk bancuh jelly dalam 1 and 1/2 gelas
*gula dalam 4sudu

bajet:
cheese president 6LE lebih, labanita 4.25LE
borio 4LE lebih kot. lupa harga =_=
jelly dalam 2LE rasanya. x sure >_<

sebarang pertanyaan, blh tanya chef-you-know-who :p

MAJULAH perut untuk TENAGA BELAJAR :D

-52-

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
 
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

~KK~

Monday, April 18, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

AIR MATA TIDAK SELAMANYA ABADI

Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. 

Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini.

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Saturday, April 16, 2011

IMPORTANT QUESTIONS BIOCHEMISTRY

CHAPTER9 |HORMONAL REGULATON OF MAMMALIAN METABOLISM




1-Differences between mechanism of action of active Hormone Receptor Complex in  Group I and Group II

2-Elustrate about enzymatic modification associate with Hormone Receptor interaction

3-What is the integrative harmony oh hormonal control of  serum calcium level

4-Elustrate the role of paratharmone on calcium

5-Discuss relationships between calcitonin,paratharmone and calcitriol hormones on calcium serum level

6-Discuss the role of insulin in glucose metabolism based on mechanism action,synthesis and secretion.

7-The relationship beween carbohydrate and lipid metabolism in view of hormonal function

8- What are the differences and interrelations between the hormones  secreted by  adrenal cortex and  
      adrenal medulla.

9-Relationship between hormone influences carbohydrate,lipid and protein.

10-State  the types of hormone  with function based on type of receptor interaction

11-Discuss relationship and differences between mechanism actions of growth hormone and insulin


                                                                                                  
                                                                                                                             I <3 MEDIC!
                                                                                                                                                                                                   


Friday, April 15, 2011

M.E.D.I.C.A.L. I.N.F.O.

Penyakit Dalam Kapal Terbang



TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.



MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.

Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.

Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.

Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.

Penulis sendiri sering berdepan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.

Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.
“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.

“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) 
Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.

Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.

“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.

Seperti dicucuk

“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.

“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.

Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.

“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi. 



TEKANAN berada di tempat tinggi boleh membuatkan telinga kanak-kanak berdengung dan sakit. Tekanan yang melampau pula mampu mengakibatkan telinga tengah bocor.



“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.

Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.

“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.

“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Nanah

Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.

“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.

“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.

“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya. 



PEMERIKSAAN telinga perlu segera dilakukan sekiranya gejala telinga pesawat tidak berkurangan.



Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam.

“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.

“Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.

“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.

“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya. 

Sumber : KOSMO (KESIHATAN)

Wednesday, April 13, 2011

I.S.U S.E.M.A.S.A

SISTEM KERJA DOKTOR TIDAK TERATUR


2011/04/13

PERUBATAN adalah antara bidang kritikal dan penting di negara ini. Perbincangan mengenai perubatan dan kerjaya seorang doktor juga menjadi antara perhatian dalam kalangan masyarakat.

Ini sudah tentu berkait rapat dengan dekatnya hubungan doktor dengan pesakit yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. 

Namun, apabila doktor yang seharusnya merawat pesakit itu sendiri menjadi pesakit, apatah lagi sakit dalam konteks psikologi atau jiwa, maka ia akan memberi masalah besar kepada masyarakat.
Inilah yang dihadapi apabila seseorang menceburi bidang kedoktoran. Tekanan kerja, budaya kerja tidak membina atau produktif, masa kerja keterlaluan dan lain-lain adalah penyumbang besar kepada tekanan mental dan stres yang dialami khususnya doktor muda.

Dengan segala macam masalah ini, tidak hairanlah berlaku kekurangan doktor di hospital kerajaan dan pada masa sama hospital swasta dan klinik persendirian muncul bagai cendawan tubuh selepas hujan.

Masa kerja keterlaluan dengan tugasan banyak antara faktor bebanan ini. Cuba bayangkan seorang doktor yang oncall’ perlu ke hospital seawal jam 7 pagi, bertugas sehari suntuk, berjaga pada waktu malam sehingga pagi keesokannya dan kembali bekerja (post-call) sehingga petang.

Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup. Bahkan bekerja di hampir setiap hari tanpa cuti minggu adalah norma biasa, ditambah lagi jika bekerja di hospital besar dan mempunyai ramai pesakit.
Ini tidak termasuk ujian amali yang perlu ditempuhi bagi menilai tahap penguasaan sesuatu bidang. Mereka terpaksa bekerja dan pada masa sama kembali belajar dan mengulang kaji. Bayangkan jika mereka sudah berkeluarga, berapa banyak masa boleh diluangkan untuk anak?

Kerja sebegini seolah-olah kerja buruh moden bahkan lebih teruk daripada itu. Kenapa kerajaan tidak melaksanakan sistem syif seperti yang diamalkan untuk jururawat? Jika kekurangan tenaga dijadikan alasan maka masa kerja tidak seharusnya selama ini.

Masyarakat mudah mengiktiraf kejayaan seseorang hanya melalui pandangan zahir saja. Apabila mereka melihat kerjaya doktor dengan steteskop di leher, berkot putih sepanjang masa dan bergaji tinggi, segala-galanya kelihatan baik sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya.

Kadang-kala ada juga yang mempersoalkan kompetensi seseorang doktor hanya dengan menilai tahap kualiti pendidikan yang diperolehnya tanpa melihat faktor dalaman yang lebih besar.

Di sebalik senyuman seorang doktor kepada pesakit, tersembunyi perasaan kecewa, sedih dan penat di lubuk hati mereka. Kini bukan pesakit saja perlu diubati tetapi doktor sendiri perlu dirawat.


SUAMI DOKTOR,
Seksyen 19, Petaling Jaya



SUMBER 

Monday, April 11, 2011

I.S.U S.E.M.A.S.A

Masyarakat Perubatan Di Mesir : Satu Muhasabah
Assalamu'alaykum wbt.

AlhamduliLlah, Assolatu wasSalamu 'ala Rasulillah SAW...

Di hari ke 22 Ramadhan 1431 Hijrah, teringat saya sudah hampir waktu bermulanya sesi akademik tahun 2010/2011 bagi sekolah-sekolah perubatan di Republik Mesir. Biro Akademik PERUBATAN Mesir juga dalam proses menyiapkan statistik Keputusan Peperiksaan Akhir bagi pelajar-pelajar perubatan di Mesir bagi sesi 2009/2010. Masih belum terlambat, malah, sekaranglah waktu yang tepat untuk kita semua bermuhasabah diri masing-masing sepanjang tahun ini, bagi menghadapi tahun sesi akademik akan datang.

Suka saya memetik satu situasi yang pernah dan selalu berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan di Mesir.

Ahmad selalu mengeluh,
"Isy, sistem di Mesir ni, dah la konvensional, ketinggalan zaman pulak tu. Kat Malaysia punyalah belajar Integrated, belajar guna study case. Dah la ada assignment macam-macam, tu yang student Malaysia advanced tuh. Takda masa kosong, so takda lah benda-benda lagho. Pulak tu, tahun 3 dah masuk hospital. Kita ni, dok terhegeh-hegeh belajar teori je. Practical, kosong! Dah la final exam affect 80 % markah. So, tu yang budak-budak Mesir study last minit tu...".
Lepas dok bising-bising membebel, esoknya, Ahmad bangun pagi time lunch, tak pergi kelas. Dah bangun, makan, lepas tu tengok movie. Malam layan internet, lepas tu tidur.

Komplen, komplen, komplen...


Pernah tak situasi ini berlaku di sekeliling anda? Atau lebih teruk lagi, pernahkan ia berlaku pada diri anda? Saya merasakan situasi di atas adalah sesuatu yang sangat sinis & ironi.


Sinis 1

Ada yang selalu berkata atau (lebih tepat) mengeluh, sistem di universiti di Mesir yang tidak mewajibkan kehadiran. Kalau ada pun, waktu praktikal sahaja, itu pun ikut suka hati doktor yang mengajar. Namun sinisnya, 'kejelikan sistem' yang sering menjadi bahan kutukan itulah yang sering diambil peluang oleh pelajar untuk ponteng kelas. Sama ada sebab malas, sebab bangun lambat, sebab tak berdisiplin, sebab memang tak minat belajar, sebab melancong, sebab meeting, sebab ada aktiviti persatuan atau jemaah, dan 1001 macam sebab lagi. Ingat, jika anda salah seorang dari golongan ini, anda sesungguhnya menggelakkan diri anda sendiri dengan sinisnya setiap kali anda mengutuk sistem di Mesir. Anda tak mampu bangun pagi untuk hadir ke kelas yang hanya beberapa jam sehari, jangan mimpilah anda mampu mengikut keketatan sistem pembelajaran di Malaysia. Mimpi!


Sinis 2

Ada yang selalu membandingkan dengan sistem di Malaysia yang menggunakan 'Integrated System', belajar menggunakan study case, dengan assignment, exam mengikut round/block, dan sebagainya. Mereka mengeluh bahawa sistem di Mesir ketinggalan zaman, tak praktikal, dan sebagainya. Namun ironinya, dengan sistem yang konvensional dan 'tak bersistem' inipun, ramai yang tak mampu hadir ke peperiksaan kecil/kuiz, dan ramai yang tak mampu menyiapkan assignment walaupun hanya perlu copy paste saja. Ramai juga yang tak mampu buka buku walau seminggu sekali menelaah subjek-subjek perubatan. Hatta kelas praktikal pun malas nak pergi. Kalaulah di Mesir ni guna 'Integrated System', bolehkah golongan ini cope with the system? Sedangkan sistem konvensional dan takda assignment ni pun dah mengeluh sebab 'susah' lah, banyak nak kena hafal lah, tak faham lah, .. jangan harap lah kalau belajar 'Integrated System' nanti senang.


Sinis 3

Ada yang selalu mempertikaikan sistem di Mesir ni, jadual belajar tak sesuai lah. Doktor tak ikut jadual lah, dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini jugalah yang datang kelas lambat, sampai kedang-kadang tak datang kelas lagi. Orang-orang macam ni, kalau bagi sistem yang ketat, macam kat Malaysia, rasanya, boleh hidup ke diorang ni?


Sinis 4

Ada yang selalu kutuk doktor Mesir. Tak reti English lah, mengajar tak best lah, tak up-to-date lah, selalu datang lambatlah, dan sebagainya. Tapi, bila doktor tu tanya dia satu soalan simple pon, dia terhegeh-hegeh nak jawab sebab tak pernah study. Bila exam oral pula, terbelit-belit lidah nak cakap English. Kalau ada orang cakap Arab, lagi lah tak faham dan senyap je. Jadi, apa agaknya perangai orang macam ni? Tin kosong! Harap-harap kita bukan dari kalangan mereka ni.


Sinis 5

Ada yang selalu komen, "Isy, apalah J*A nih, biasiswa dah la sikit, masuk lambat pula tu!". Kemudian bila duit dah masuk, dia belanja, tidur, dan ponteng kelas. Bila biasiswa dah naik, dia melancong, tidur, dan layan movies saja.


Sinis oh sinis~ mungkin saya juga pernah melakukan perkara yang sinis ini. Mungkin juga anda. Ramai daripada kita yang suka bercakap. Suka cakap lebat dan hebat, tapi akhirnya memperbodohkan diri sendiri bila semua yang kita cakap tu hanyalah umpama tin kosong. Sikap kita selalu 'tak bersyukur'.



رضا النّاس غاية لا تقضى أبدا

Keredhaan manusia adalah matlamat yang takkan tercapai

-al-Imam As-Syafi'ie-

Maksudnya, bila sesuatu perkara dibuat, ada saja manusia yang tak puas hati. Samalah macam sistem universiti, kalau diperbaiki macam manapun, tidak akan memuaskan hati semua orang. Bila dari konvensional tukar ke integrated, nanti timbullah orang komen, "Isy, jadual sibuk lah, belajar susah pulak tu... "

Belajarlah rasa bersyukur dengan apa yang ada, dan jauhkan sikap suka mengeluh dan meng'komen'. Silalah berbalik semula kepada semangat kita sebagai seorang mahasiswa untuk menuntut ilmu.

Setiap dari kita semua, baik mahasiswa perubatan mahupun bidang lain, perlulah merasai bahawa tanggungjawab menuntut ilmu dan fokus serta bersungguh-sungguh adalah tanggungjawab setiap individu. Kalau mahasiswa yang tugas utamanya menuntut ilmu pun dah malas menuntu ilmu, jangan lah nak mengharapkan orang yang 'tak sekolah' nak menuntut ilmu.

Heboh sekarang ni orang menimbulkan persoalan, Wawasan 2020 boleh dicapai ke tak? Jawapannya, tengok saja statistik membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di kala seorang rakyat Australia membaca purata 180 buah buku setahun dan rakyat Jepun membaca 80 buah setahun, rakyat Malaysia hanya membaca purata 4 buah buku sahaja setahun! Ganyang Malaysia!

Bagi pelajar bidang perubatan pula, lebih untung lagi apabila seorang Ulama' dan Doktor di zaman Andalus, Ibn Rusyd berkata,"Barangsiapa yang belajar Anatomy(perubatan), akan bertambah imannya", dengan syarat kita belajar dan mengkaji kerana Allah dan kemajuan Ummat.



Ibn ar-Rusyd

Maka, kesimpulannya, bagi masyarakat perubatan di Mesir, silalah naikkan semangat anda untuk terus menuntut ilmu dan menguasai bidang perubatan, dan ketuklah kepala anda dengan kata-kata al-Imam as-Syafi'ie,

"Aku tidak tahu sesuatu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu perubatan, namun Ahli Kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya"

-Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah al-Imam as-Syafi'ie
-

Sekian sahaja, Masyarakat Perubatan di Mesir: Satu Muhasabah. Bermuhasabahlah kerana itu adalah tradisi orang beriman.



حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab(di Hari Qiamat)

Mohon maaf jika apa yang ditulis mengguris sesetengah pihak, saya juga terdedah kepada dosa & kesalahan...

Allahu A'lam

Wassalam~


 
 SUMBER

Saturday, April 9, 2011

I.S.U S.E.M.A.S.A

Lebih 11,000 Pesakit Tunggu Organ


Lebih 11,000 pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, dengan lebih 10,000 daripada jumlah itu memerlukan buah pinggang.

Ketua Koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) Datin Dr Lela Yasmin Mansor berkata jumlah pesakit yang memerlukan buah pinggang akan terus meningkat kerana lebih 4,000 orang mengalami kegagalan fungsi organ itu setiap tahun.

organ donation in malaysia logoBeliau berkata terdapat dua pesakit menunggu organ jantung, paru-paru (6 orang) dan hati kira-kira 20 orang.

"Ramai lagi yang sedang menunggu organ lain, dan kalau mereka tidak dapat, memang tidak ada harapan," katanya pada sidang akhbar mengenai Kempen Menderma Organ Kebangsaan 2011 anjuran Pergerakan Putera MIC dengan kerjasama NTRC dan Hospital Kuala Lumpur di Lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Dr Lela Yasmin berkata NTRC memerlukan lebih ramai penderma mendaftar bagi menampung keperluan bagi mendapatkan organ yang semakin mendesak.

"Pada ketika ini, kira-kira 162,000 orang sudah mendaftar sebagai penderma, namun tidak semua boleh berbuat demikian kerana anda perlu mati dalam cara yang istimewa iaitu mati otak, dan kematian sebegini hanya berlaku sebanyak dua peratus," katanya.

Beliau berkata individu yang berniat untuk menderma organ juga perlu berbincang dengan keluarga agar tidak timbul kesulitan apabila mereka meninggal dunia.

Sementara itu, Kamalanathan menyasarkan 100 orang dari seluruh negara akan mendaftar sebagai penderma menerusi kempen yang berlangsung selama sebulan mulai hari ini.

"Setakat ini, tujuh negeri telah dikenal pasti dan diharap semasa kempen ini, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa akan membantu kita untuk mendaftar sebagai penderma agar kita dapat membantu mereka yang memerlukan," katanya.

- Bernama

Wednesday, April 6, 2011

pErkongsian itu iNdah

 Assalamua’laikum wr wb……… ..


Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13


· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat.

Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).
- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis…. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.




cantik seperti bunga ~ (bunga kertas je p0n..hehe)




Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur….

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah sollahualaihiwassalam bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”




 masjid ~



“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…





-naaf-