Wednesday, January 26, 2011

Mid Year !!

Assalamualaikum semuaaa !




EXAMMMM! haha haaa~ exam nak dekat da ni, tak reti2 lagi ke nak stdy? jap.. ni nak kasi syllabus untuk exam kite ni. 


p/s : kalau ade yg salah, betulkan eh? tenkiu (:






Anatomy 


1. All head & neck
2. embryology - urogenital system & cardiovascular
3. Neuroanatomy - until page 56




tips : 

  • Head n Neck - hehe. aritu kan korng da study bangat time assessment kn? so laaa ni, senang da keje tuk HnN(head n neck). korng kene wat latihan jee. no problem kn? for those yg tak rajin nak wat nota or lukis2, takpe. (: wat bace n then wat latihan. dalam mase 2 3 hari fokus oke laaaaaaa! haha. p/s nak latihan, bole didapati di belakng gamaah. kedai sharkawy tu. minta die sanah tania, nnt cari laa MCQ anat. oke? pape bole tnye KK. (:
  • Embryology - Hmmm. embryo mmg payah. unless korng betul2 datg kelas Dr Amal Halawa, n fhamkn time lecture embryo. haaa yes! korng mesti dpt punyer. oke, for those yg tak berape nak dtg time tu, or myb da lupe kn.. so bole je..kiterng ade amik slide show dari doktor sendiri. TAPI!!! ade syarat daripada doktor, doktor cakap, tak leh bg org lain.. so engtkn nak upload je kt dlm ni. tpi bole ke? takpe2 bole je amik kt kawan2 kn? klu betul2 takde nnt, gtau kt chat box, nnt sye upload kn yee. Kamsamidaa!
  • Neuroanatomy - NEUROOOOO! macam mne eh nak stdy neuro. hmmm. bace jeee. haha! :D bace yg penting aww.



Physiology


Special sense - until 72 (colour vision)
Digestive      - until 18 (stomach-deglutation)
CNS              - until 65 (sensory part)
Endo             - until 95 (All the endocrine)
Kidney          - ALL (:


tips :

  • for physiology, no doubt mmg susah, nak tk nak u hav to read it frequently. understand it well. and then discuss laaa. (: haha tats the best way to study. Actully, physio time lecture tu la kite kne make sure, MAKE SURE faham kn betul2 n then its make it easier to remember. because physio is wat happen to us everyday. so stdy wisely. open ur mind while reading. goodluck!!!  



Biochemistry 


Carbohydrate Metabolism (Chapter 2)
Lipid Metabolism (Chapter 3)
Protein Metabolism(Chapter 4)
Interrelation (Chapter 5)


tips :

  • HAHAHA! biochem paling best sekali~ :D hehe. oke. hmm kalau da mmg las minute tu kan, korng lukis ape yg perlu dulu, all the CHO core tu kan, haaa yg protein n lipid yg which perlukan structure tu, korng lukis awal2 for reference in advanced. n then, nak bce, based on me myself, bce yg interrelation dulu. chapter 5 dlu, baru nmpk relation die. n then, try deep and deeper. try to get the picture of each subtopic then u can easily relate with other. insyAllah. 
  • kalau rajin, kite kne usaha wat nota. kawan2 yg mne ade nota2 yg bole dikongsi, jgn berase malu untuk kongsi bersame. takde istilah poyo dalam menuntut ilmu. kalau ilmu kite yg memumtazkan kawan2, pahala hingga ke akhirat insyAllah.  (kredit for those helped with CHO meta. by now trying to gather for the lipid plak. hopefully get it done soon. go ketua Biochem anep nizar ! )



Histology


Respiratory System
Digestive System
Integumentary System
Urinary System
Endocrine System


tips :

  • try to draw n practice the drawing well. sbb tu ade buku practical tu. :) sape yg da siap buku practical tu, congrates! advantage korng la bgi sape yg da siap. so korng mesti seng nak engt lukisan tu nnt. n then bile bace teks, try to relatekn dgn diagram. kan senang. 
  • and histo, mmg kene bace sume. we hav to read it continuously sbb klu tak, kite akan lupe. sometimes, ade point relate to the previous topic or lecture. so kite kne amik cakne :) dgn ape yg kite bce. oke kwn2? DUN GIVE UP!!!! 






















Wrap up :


hehe. act sye bukan la layak sgt nak bg tips ke ape ke, just stakat nak share dari ape yg sy sendiri rase. kalau ade ape2 lagi, bole la dikongsikn bersame. untuk KITE jugak kn? ka-ching :). 
so, goodluck eh korng! jgn give up. its never too late! better late than never! motivate urself. Ingat mak ayah kt malaysia. Janji kite time kat KLIA sebelum dtg, jgn lupe, amanah n tanggungjwab kite sendiri tuu. 


renung2kn dan selamat study!!! 






 행운을 빌어요     بالنجاح        Semoga Berjaya           удача
good luck         加油      buona fortuna        buena suerte
सौभाग्य       












-mumtaz semua-

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

Artikel iluvislam.com

HATI DAN AKAL BICARA TENTANG CINTA

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?  

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke  angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?      

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

-KK-

Friday, January 21, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

By: Akhi Hilal Asyraf,langitilahi.com.

TERJEMAHKANLAH IMAN

Rasulullah SAW bersabda,
 
“ Iman itu bukan dengan cita-cita, bukan juga dengan kata-kata, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat pada kalbu, dan dibuktikan dengan amal”
 
Hari ini, ramai manusia yang menyatakan diri mereka beriman, atau paling kurang, mempunyai nama-nama yang kelihatan beriman.
Bila ditanya,
“ Apakah enta beriman?”
 
“ Eh, saya beriman, nama saya..”
 
Nama saya Muhammad. Nama saya Hariz. Nama saya Fadhli. Nama saya Umar. Dan nama-nama bapa mereka juga adalah nama-nama yang kelihatan beriman. Nama ayah saya Faruq. Nama ayah saya Ali. Nama ayah saya Abdurrahman.
 
Tetapi apabila kita membuka mata kita, manusia-manusia yang mempunyai nama-nama orang beriman ini, sikap mereka menyerupai mereka yang memakai nama-nama bukan nama-nama orang beriman.
 
Yang Muhammad sikapnya seperti John, yang Hariz sikapnya seperti Bush, yang Umar sikapnya seperti Clinton, walaupun kad pengenalannya menulis agama yang dianuti adalah ISLAM.
 
Ramai manusia, mengaku beriman. Jika ditanya, apakah buktinya? Mereka akan tunjuk yang rumah mereka penuh dengan kitab-kitab agama, ayat al-quran bergantung hias dinding, rantai tasbih dan sejadah pelbagai warna.
Tetapi.. terjemahan iman dalam kehidupan tiada.
 
Inilah dia zaman yang menunjukkan kebenaran sabda Rasulullah SAW,
“ Akan datang satu zaman kepada manusia, tidak tinggal dari ISLAM itu melainkan namanya, dan tidak tinggal dari Al-Quran melainkan tulisannya”
 
Lihat… Iman kita bukan terhenti setakat nama. Iman kita bukan sekadar tersembunyi di dalam hati. Tetapi iman kita adalah apa yang kita terjemahkan melalui amalan kehidupan kita.
 
“ Walaupun saya tidak pakai tudung, tetapi hati saya penuh dengan keimanan…”
 
Jangan sesekali anda berani berkata sedemikian, atau yang lebih kurang sedemikian. Anda telah merendah-rendahkan iman.
Apakah yang kita faham berkenaan iman? Manusia sering menterjemahkan iman sebagai percaya. Tetapi sebenarnya, iman ini adalah lebih dari sekadar percaya. Segala unsur percaya, yakin, tiada ragu, semuanya bercampur dan sebati dalam kalimah ini. Iman, apabila ia memeluk hati manusia, maka ia mampu merubah manusia menjadi manusia yang lain. Manusia-manusia yang benar dalam keimanannya, akan mampu melakukan, apa yang manusia lain tidak mampu lakukan.
 
Percaya? Anda menggeleng nampaknya.
 
Baiklah, mari kita sorot kembali sirah Saidina Umar Al-Khattab. Dia ini asalnya merupakan penentang kuat terhadap dakwah Rasulullah SAW. Malah dia pernah bersumpah untuk memancung Rasulullah SAW. Tetapi, selepas dia beriman, dialah yang paling berani menyampaikan ISLAM, dan dialah antara karakter yang disegani kawan atau lawan. Dialah yang berkata kepada Rasulullah…
 
“ ya Rasulullah, apakah kita ini berada di atas haq?”
 
“ Ya wahai Umar”
 
“ Maka apakah yang perlu kita takutkan lagi? Mari kita solat di masjidil haram secara terbuka!”
 
Keislamannya menguatkan dakwah Rasulullah SAW.
 
Nah.. itulah dia iman yang sebenar. Bukan iman yang sekadar menari di mulut sahaja.
Iman boleh membuatkan kita, melakukan apa yang manusia lain tidak mampu lakukan? Bagaimana?
 
Adakah anda kenal dengan Bara’ bin Malik?
 
Di dalam satu peperangan dengan tentera Rom, dia meminta tentera muslimin melontarkannya ke dalam kubu musuh untuk dia membuka pintu kubu itu dari dalam.
 
Kenapa Bara’ ini berani melakukan sedemikian? Jawapannya mudah. Iman kepada ALLAH, dan segala janji-janjiNya. Dia teramat yakin yang ALLAH tidak akan memungkiri janjiNya. ALLAH SWT berfirman,
   
“ Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang yang beriman diri mereka dan harta mereka untuk membeirkan mereka syurga”
 
Dengan iman yang sebenar, manusia sanggup menggadai nyawa, apatah lagi mengikuti segala arahan ALLAH SWT dengan redha dan rela? Maka iman itu bukanlah sekadar apa yang kita sebut-sebut dengan mulut dan bicara. Iman adalah apa yang kita buktikan dengan amal dan perbuatan kita.
 
Apa khabar iman kalian?
Marilah kita bersama-sama, berusaha menterjemahkan iman dalam kehidupan.

 -KK-

Thursday, January 20, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)


MENGAPA HARUS BERSEDIH..!?


Kawan-kawan.
Allah benar janjiNya. Yang hilang tak bermakna binasa. Yang pergi tak bermakna hilang segala. Cuba kita hitung, banyak mana yang telah Allah ambil dari kita, dan banyak mana pula yang telah diberikan kepada kita..Lihat sekelilingmu.. betapa banyaknya nikmat yang telah Allah beri.!

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya". (14:34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki, dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Keluarga yang bahagia. Saudara-mara, rakan-rakan. Ape lagi yang kurang?? Tiada apa bukan?..maka nikmat Allah yang manakan yang kamu dustakan?..
Dan apabila musibah menimpa, Allah cuma tarik sedikit sahaja dari karuniaNya. Mengapa harus berdukacita?? Mengapa harus bersedih?? Mengapa harus mempersalahkan semua?? Bukankah apa yang menimpa kamu itu petanda untuk Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Tidak mustahil bagi Allah untuk menarik sesuatu dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Berlapang dada,bersangka baiklah kamu dgn Allah, nescaya Allah berikan yang terbaik untukkamu.

"Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata: “Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) – kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan".(29:33)

Kawan-kawan..
Kadang-kadang kita merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Tapi cuba kawan-kawan fikir. Apakah masalah yang lebih besar di dunia ini selain dari berdepan dengan hasutan syaitan dan iblis? Syaitan. Yang sentiasa mengajak kita melakukan kejahatan, melakukan maksiat. Itulah masalah yang paling besar. Tapi sedar tak kita?? Tak kan?? Pernah ke kita sedih kerana hasutan syaitan?? Hurm…

Oleh itu kawan-kawan, anggaplah segala masalah yang datang itu hanyalah asam garam kehidupan. Masalah yang kita lalui itu mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya, orang yang sudah melalui banyak masalah, akan menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala masalah yang pernah dihadapi.

Jadi, yakinlah dengan Allah. Kita hanya mampu berusaha, dan selebihnya biarlah Allah yang menentukan.

Dari hati ke hati,
 Penolong KK.

Tuesday, January 18, 2011

I.M.P.O.R.T.A.N.T.






         
 
-KK-

Tazkirah: 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

PERKONGSIAN UNTUK SAHABAT

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'aN

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,

Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )



Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
~Dari SAYA untuk KALIAN~

Monday, January 17, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

By : Ustaz Hasrizal,saifulislam.com


source: www.earthmothercrafts.com


“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.
“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.
“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.
“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.
“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.
“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

-KK-

Sunday, January 16, 2011

galeri Dahab K.I.T.A. (part 2)

                        
                          
                                                Bapak Pizza                                      Destinasi K.I.T.A.

                                     Dr.Yana,Dr.Atiqoy,Dr.Aimi                       Dr.Kembar bincang ape tu?.
 
    Dr. Alya,Dr. Pina,Dr. Ain

                     Dr.Wada,Dr.Anis Nadhirah,Dr.Alya,Dr.Ain,Dr.Pina,Dr.Fathin Afiqah,Dr.Fathin Aqilah,Dr.Ros

       Dr.Dia,Dr.Fatin,Dr.Amira,Dr.Kembar,Dr.Bella,Dr.Ain Mahadi

 
             
                                       Makan2                             Dr.Azwin,Dr.Amalia                        
          
                                                   Ape tengok2..?                 Dr.Bello (Dr.Shida intai sape?)    
                   
                                            Dr.Hamizah,Dr.Athirah,Dr.Syazana Ayu,Dr.Shida,Dr.Yana


                                                                      Girly punye Kek
                                                                wah....banyaknye Kek.!

                                       Dr.Anis,Dr.Bello,Dr.Atiqoy                  Dr.Ain buat ape tu?..

        Dr.Anis,Dr.Maryam           Dr.Aimi,Dr.Bella,Dr.Yanti    
                                            
                                                               Potpetpotpetpotpet..hehehe.
                                           Pizza yg sgt Best..Sape nak lagi?Kullu hagah bigenih.!

                                             KK tgh bagi amanat                  Abg Mad bagi tazkirah

                                            Wakil YT(Penganjur)                 Wakil Dahab(Abg Botak)


pssst; sila klik gambar untuk tumbesaran :)
*credits to photografer.

p/s- sape2 yg hadir ttapi xde dlm gmbr,admin mohon maaf.. =)

 

Great Things About Islam (just only part of it)

source : research sendiri
objektuf : saje nak buka minda kite sume. (:




1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.







Wallahualam.


-mumtaz semua-


Saturday, January 15, 2011

galeri Dahab K.I.T.A. (part 1)

nama album : ikhwah group C
sumber : canon 1000D


destinasi K.I.T.A.
 
Dr.Hidayat & Dr.Munzir
 
Dr.Azuan & Dr. Azizan
   
     
Dr. Hanif Nizar & Dr.Fahim             
Dr. Samhan & Dr. Syazwan

                     
Dr. Amir (KK) & Dr. Faliq        

                    
Dr. Hanif Arshad & Dr. Hazwan        
                                                                       
 
Dr. Saiful Azwan & Dr. Hamizan         

tak cukup.?nak tengok kami lagi?
silakan :)

                     


         












pssst; sila klik gambar untuk tumbesaran :)
*credits to photografer.