Saturday, May 21, 2011

Bittaufiq Wannajah :)





Moga Allah mudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas imtihan kita semua :)

MUMTAZ untuk semua. Ameen ya Rabb.

Thursday, May 19, 2011

page delete utk HISTOLOGY

volume 2 shj ye..
=pg 212-214
=pg 218 (vulva)
=pg 274-293 (CNS)-short n long tract
=pg 308-reticular formation
=pg 313-316- meninges

**maseh..

Wednesday, May 18, 2011

page cancel for BIOCHEMISTRY

VOLUME 1:
page 75-78
page 116
page 124
page 126-127
page 183
page 192-198
page 209-225

VOLUME 2:
-chemical structure of vitamin
-page 131-155


***credit to AIGNT***
~*pkk*~
'semoga bermanfaat utk sume..:)'

Tuesday, May 17, 2011

Anatomy Revision Schedule and Histology excluded slides ( for drawing )

I. ANATOMY REVISION SCHEDULE
(only for group C)
Date :
28 / 5 / 2011 (Sat)    - with Dr.Sarah & Dr. Amal
(Head,skull)
 
30 / 5 / 2011 (Mon)  - with Dr.Mona & Dr.Raymond 
(neck,neuroanatomy)

31 / 5 / 2011 (Tues) - Dr.Nuha & Dr.Amaiymah  
(Lower limb,neuroanatomy)

Time : 
 11a.m - 1 p.m.


II. HISTOLOGY EXCLUDED SLIDE ( for drawing )

- junctions
- slides stained by gelatine
- testis /epididymis
- vagina
- eye ball (cornea and retina )

for CNS - labeling and determining slides ONLY

take note  : GOOD NEWS.. iA.. soon !! we will be helding a revision session (for Histology practical) OPEN TO ALL . by , Maryam Thohirah.date and time will be update later.

ok.best wishes to K.I.T.A peeps.MAY ALLAH BLESS US ALL :)
salam
. b.carbonate .


Monday, May 16, 2011

ayatAYAT cintaNYA..

untuk memulihkan semangat DIRI & sahibuddakwah sekalian..
kita bertanya,Al-quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji? 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?
“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?
“janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?
”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)
” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?
” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?
”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!
”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

–moga ayat2 cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat DIRI ini dan KALIAN..

*~pkk~*

I.S.U S.E.M.A.S.A

 6.2 JUTA HIDAP DUA PENYAKIT

Pesakit diabetes, darah tinggi berusia 30 tahun ke atas meningkat

KANGAR: Seramai 6.2 juta penduduk negara ini berusia 30 tahun ke atas menghidap dua penyakit tidak berjangkit (NCD) utama, iaitu diabetes dan darah tinggi yang menjadi penyebab utama kematian pramatang.

Mengikut Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2006, seramai 1.4 juta penduduk Malaysia dianggarkan menghidap diabetes dan selebihnya 4.8 juta darah tinggi atau hipertensi.

Malah, rekod NHMS menunjukkan kes diabetes di kalangan penduduk Malaysia dewasa berusia 30 tahun ke atas meningkat 79 peratus, iaitu daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.

“Kes darah tinggi turut mencatat meningkat kepada 42.6 peratus pada 2006, berbanding hanya 32.9 peratus yang direkodkan 10 tahun sebelum itu,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai.

“Angka itu adalah sekadar anggaran dan kami menjangka jumlah sebenar sekarang jauh lebih tinggi memandangkan rekod terkini hanya berdasarkan tinjauan pada 2006.

“Justeru, bagi tempoh empat tahun akan datang, Kementerian Kesihatan akan memberikan tumpuan khusus kepada usaha menangani NCD yang turut mengisi kedudukan teratas senarai 10 penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, mencemar duli merasmikan program Perlis Sihat Sejahtera yang dianjurkan sempena Hari Keputeraan ke-68 baginda di Dewan 2020, di sini. Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Sementara itu, Liow berkata, dalam usaha memastikan rekod yang lebih terkini, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk menjalankan NHMS secara lebih kerap, iaitu empat tahun sekali, berbanding 10 tahun sekali seperti sekarang.

“Jika NHMS dilakukan lebih kerap, kita berupaya mengenal pasti perkembangan serta trend penyakit dengan lebih cepat, sekali gus memudahkan tindakan diambil untuk mengatasinya,” katanya.

Mengenai denggi, Liow berkata, sejak Januari lalu 7,362 kes dikesan di seluruh negara dengan 12 kematian.

“Jumlah itu, walaupun menurun berbanding 17,296 kes dengan 56 kematian yang direkod tempoh sama tahun lalu, masih dianggap membimbangkan,” katanya. 

SUMBER 

Friday, May 13, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

DURI

Ia seakan-akan duri yang mencucuk-cucuk yang terpaksa ku telan. Walau berkali-kali pun aku pernah menelannya, ia tetap tidak pernah lupa untuk mencalari segenap jiwaku tanpa belas kasihan setiap kali.


Dan duri itu pasti melukai sekali lagi
Setiap kali…
bila aku mengesan bibit-bibit kelemahan itu timbul
bila aku mendengar keluhan-keluhan yang tidak berkesudahan
bila aku melihat halaqah usrah yang makin merasakan kehilangan
dan bila aku menyaksikan dakwah kian dipinggirkan


Usahlah memperdengarkan keluhan
Kerana keluhan hanya untuk mereka yang lemah
Usahlah berikan alasan
Kerana alasan hanya untuk mereka yang bertangguh
Dan usahlah terus menghilang
Kerana itu hanya untuk mereka yang tiada keberanian


InsyaAllah,
Jika kalian lemah..
maka perdengarkanlah padaku doamu memohon kekuatan
dan aku akan ikut berdoa bersamamu
Jika kalian sibuk..
maka berikanlah aku amanah
dan aku akan mencari jalan sehabis dayaku demi meringankan bebanmu
Jika kalian sakit..
maka maklumkanlah padaku
dan aku akan menziarahimu bahkan menjagamu


Moga kalian pula
Akan menjadi sumber kekuatanku bila tiba masanya
Kejutkanlah daku bila aku terlena
Nasihatkanlah daku bila aku leka
Ingatkanlah daku bila aku terlupa
Dan doakanlah daku sentiasa
Kerana aku juga tidak tahu
bila taufan futur akan melanda


Kerana...
“Ad da’watu tasiru bina wa bighairina
wa nahnu namutu biduni da’wah”
(Dakwah boleh hidup dengan atau tanpa kita
Tapi kita tidak boleh hidup tanpa dakwah)


Percayalah
Bersama-sama itu mudah dan indah
Sungguh
Ana uhibbukum fillah…


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yg berperang di jalanNya dalam saf yang teratur seakan mereka seperti suatu binaan yang kukuh.”
(As-Saff : ayat 4)

~KK~

SUMBER 

Tuesday, May 10, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

KISAH PADERI & GEMBALA KAMBING


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pastu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

slide embryo untuk smua~

salam to all..

pening bace buku embryo gamaah?

x dpt bygkan term2 embryo yg dimaksudkan?

rindu dgn slide dokter?

ini penyelesaian nye!haha..

 CNS

amcam? ok? (^_^)
oki~slamat study smua~ doakan smua~

by :   BL  

Sunday, May 8, 2011

ASSALAMUALAIKUM to All Group C membersss :)
sihat kah anda?
iman anda bagaimana?
harap semuanya sihat..insya Allah~
memandangkan exam mmg nak dekat sgt dah ni,
let's strive for the excellent!
we can do it. insya Allah!
study sama2 ya! tak mau gaduh2 time2 nak exam ni.. 
tau tu dugaan, tp cuba carik solution kalau gaduh2 ye :) lawan sikit nafsu ammarah tu~! 
lagi satuu, jangan nak jual2 ikan selfish , tak untung pun :p tak bek jeles2 jgk..ish2..
ajak kawan2 study sama okeyhh!? 
jangan tinggal die sorang2..kesian kawan kita tu..kate nak berjaya sama2? 
mintak ampun pada mana2 yang mungkin pernah kita sakiti samada secara sengaja atau tidak..biar 0-0, hati kan tenang, walaupun kita sbenanya tak salah, ape salah nak beralah kan, besar pahala tuu.
sahabat2 sekalian,
LETS STUDY TOGETHER!  
oooopssss.... :D 

  • study2 jugak, akhirat jangan lupa. hehe.
  • perbanyakkan amal juga, moga2 ada balasan yang akan Allah beri. 
  • mana tau, mungkin dengan amal kita buat baik pada orang, Allah akan bantu kita masa jawab exam..
  • tak gitu ke? ...................... 
  • tp niat kena semata2 kerana Allah lah ye :)
  • moga2 Allah bantu kita semua.iA~
may ALLAH bless us all.....................!
ayuh teman2 ku! kita cipta sejarah utk generasi MASA DEPAN! :)
ALL THE BEST FRIENDS!!!! 
:)
MUMTAZZZZ dunia akhirat semua. AMeeeeN!