Thursday, March 31, 2011

M.E.D.I.C.A.L. I.N.F.O.


Ayuh revise bersama ape yg belajar tadi.!!

Diencephalon :

Thalamus,Hypothalamus,Subthalamus,Epithalamus,Metathalamus.




DIENCEPHALON

 

Sharing is Caring (kering)


How To Become A Successful Doctor ?

Postby John Jossef » Thu Mar 31, 2011 12:13 pm 


Being a doctor is a very challenging yet fulfilling career choice. But successfully completing the eight to eleven years or more of school and advanced training does not necessarily ensure success as a practicing physician. Although every patient has his own idea about what makes a doctor "good," the additional qualities listed here are generally agreed upon as being essential to becoming a successful doctor.

Practice Good People Skills 
Aside from having technical knowledge, a good doctor must be a "people person," since the job entails a lot of interaction with patients, families, and other professionals in the field. Doctors must effectively communicate with patients, especially when patients are baffled by the complexity of their conditions. Doctors must also deliver bad to news to patients and their families. This is perhaps one of the hardest tasks that a doctor must learn to do, but learning to do so with compassion is critical to a doctor's success.

Develop Time Management Skills 
Doctors often work in high-stress, fast-paced environments, and must know and follow their schedules to keep p with everything that is taking place around them. Good time management skills should be honed while still a student in med school. Students who make time tables and those who regularly update their planners to make sure they don't miss anything are candidates to become great doctors. Doctors who give themselves deadlines are always motivated to think faster and to find solutions right away.

Pay Attention to Detail
 Good doctors have keen observation skills. Just like the idealized doctors you watch on TV, real doctors must possess a passion for practicing medicine. This passion leads to discoveries and solutions when it comes to diagnosis and treatment of diseases. A successful doctor always pays attention to details. This skill saves lives and allows the doctor to do his or her job more effectively.

Continue Learning 
Doctors are lifetime students who must study incessantly---starting in school and extending throughout their careers. Successful doctors keep abreast of new information and breakthroughs in their field of medicine. Scientists are constantly investigating new topics, new cures, new treatments, and new techniques, and doctors must stay up to date.

Source : eHow

HISTOLOGY REVISION

جامعة طنطا

كلية الطب

 قسم الهستولوجي

ٍSECOND YEAR PRACTICAL REVISION



GIT SLIDES

Monday : 4/4/2011 ( B+D ) 
Tuesday : 5/4/2011 ( A+C )

MALE+FEMALE+URINARY+SPECIAL SENSE SLIDES

Monday : 11/4/2011 ( B+D )
Tuesday : 12/4/2011 ( A+C)

RESPIRATORY+ENDOCRINE+SKIN+CNS SLIDES

Monday : 18/4/2011 ( B+D )
Tuesday : 19/4/2011 ( A+C )

ALL SLIDES

Monday:
25/4/2011 & 2/5/2011 ( B+D )
Tuesday:
26/4/2011 & 3/5/2011 ( A+C )


.B.Carbonate.

Wednesday, March 30, 2011

data show lagi..!

assalamualaikum wbt..

disini ade lagi link utk DATA SHOW biochem..
untuk chapter


dan


semoga ianya dapat membantu..=)

~*pkk*~

Tuesday, March 29, 2011

we do love BIOCHEMISTRY.

BIOCHEMISTRY  |important questions
CHAPTER 8 -Biological membrane and transport.

1-Elustrate role of cell membrane based on structure integrity and chemical composition

2-Excitable membrane of nerve conduction

3-Differences between  simple  diffussion,facilitated diffusion and active transport

4- Discuss about type and mechanism associated with sodium transport

5-Role of  membrane function in glucose transport

6-Transport of large molecule through cell membrane

7-Signal transmission occurs in cell membrane



haaaa..ce jawab,ce jawab soklan neh.FIGHTING!!ganbate! (^_____^)V

PHYSIOLOGY assesment ~

take note kawan-kawan..

tarikh : 13 APRIL 2011
hari : RABU
masa : 10 a.m - 12 p.m 
tempat : PHYSIO LAB



chapter2 yang bakal menimbulkan persoalan :

a)  CNS =  65 - 101

b) METABOLISM =  1 - 26

c) DIGESTIVE =  19 - 47 



~selamat study~
~naaf~ 

Coretan.Hati.

REZEKI,REZEKI,REZEKI

Assalamualaikum warahamatullah wabarakatuh.

Pertama sekali,syukur Alhamdulillah atas segala nikmat2 yg DIA kurniakan kpd kita semua. Nikmat2 yg kita sendiri pun tidak mampu nak menghitungnya. Namun begitu,kita tetap dituntut bersyukur ke atas nikmat2 yg Allah berikan.

Alhamdulillah juga, walaupun gamaah masih tidak menyediakan makanan tengahhari, anak2 JPA telah berbesar hati perut membelanja semua pelajar GroupC makan tengahhari di Restoran 5 Bintang HadraMaut hari ini. ^_^

Ini adalah kali kedua pelajar2 yg telah mendapat tajaan/pinjaman membelanja kelas. Kalau sebelum ini,anak2 YT dah belanja makan kat Dahab,kali ini anak2 JPA belanja kat HadraMaut pulak. Alhamdulillah,murah rezeki saya kita semua.

Semasa kelas Metabolism, sudah kedengaran melodi keroncong perut kosong rakan2 yg lain (esp perut Anep backup). Sanggup mengikat perut semata-mata nak lunch kt HadraMaut. Usai kelas Metabolism,pelajar2 bergegas utk solat Zuhur berjemaah di masjid gamaah. Siap solat terus berlari menuju HadraMaut. Lapar !

Majlis jamuan yg diadakan secara simple dan ringkas ini dipengerusikan Abg Mad. Seterusnya ucapan aluan oleh Ketua GroupC diikuti ucapan drpd wakil anak2 JPA, akhi Hidayat bagi ikhwah dan ukhti Ain bagi pihak akhawat.Terima kasih kpd penaja makan kami !

Makanan2 yg sungguh menyelerakan ! Nasi panjang pendek dan ayam rubu` sudah cukup menggemukkan mengenyangkan kami semua. Ditambah kek2 aiskrim yg sedap dan syok,keropok2 dan air bikarbonat,kelaparan kami hilang ! Ada yg sampai dua tiga kali tambah nasi. Berbaloi juga tidak bersarapan pagi tadi. Gelak tawa dan usik-mengusik menghiasi majlis kami.  Sungguh indah !

Majlis berjalan dengan lancar. Kami semua pun dah bulat kenyang. Maka,tamatlah majlis dengan jayanya,syukur. Sesi bergambar dengan peminat mengakhiri majlis tadi.  InsyaAllah gambar2 mangsa yg diambil tadi akan diupload ke blog secepat mungkin. Sabor je lah.

Sungguh, saya sangat bersyukur dapat mengenal dan bersama sahabat sahabiah sekalian. Majlis2 sebegini diharapkan dpt mengeratkan ukhuwwah kita semua,selain ianya akan menjadi kenangan manis di kemudian hari. Memetik kata2 ukhti Ain td,semoga setiap butir nasi yg dimakan oleh kami semua akan memberi ganjaran pahala kpd penaja2 makan tengahhari kami,amiin.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yg telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kepada yg tidak dapat hadir tadi, korang bolehlah berbincang untuk membelanja kami lain kali.hahaha.!

Terima kasih daun keladi,kalau boleh belanja lagi.

Doakan kita semua mendapat mumtaz final exam 2nd Year nanti,insyaAllah.

Selamat belajar !!


~Amir Ismail~





Monday, March 28, 2011

M.E.D.I.C.A.L. I.N.F.O.

KAHAK LITUPI PARU-PARU



MESIN penyedut khas digunakan bagi mengeluarkan kahak yang mula melitupi paru-paru.



PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.


Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas.


Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.


Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia.


Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak.


Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit.


Muntah


Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula.


Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk.


Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.


Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut.


Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.


Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke rumah.


“Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV).


“Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit.


“Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun,” kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.


Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.


Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain.


“Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.


“Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan.


“Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.


Berulang


Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster.


Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.


Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria.


Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan.


Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.


“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga.


“Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.


“Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya,” katanya.


Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.


“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya.


“Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu,” katanya.

Sumber : KOSMO

Sunday, March 27, 2011

Sharing is Caring (kering)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Ce citer ce citer.

Pada suatu hari, burung2 pun berkicauan. Ada yg terbang, ada yg bergembira.

In Reproduction class....

Doctor : Which one is more beautiful and important? Sperm or Ovum?

Male Students : Sperm ! Sperm !

Female Students : Ovum ! Ovum ! Ovum bulat,comel.!!

KK : But sperm has tail.!!

Doctor : (laughing) 
             You can answer what you want,BUT the fact is MAN COME TO WOMAN!!

            `Woman` just waiting for the `chosen man` to come. ^-^


p/s- Opps,.jgn marah kaum Adam sekalian.. Dr.Maesah yg cakap camtu,bukan saya..hahah.
Ape pun,layan dulu video kat bawah niii...pastu komen lah nk komen ape pon..kiter bakor je pon xpe..   ^-^

A JOURNEY TO REMEMBER

 

What a long journey huh?..Appreciate it well..!! 

Sungguh indah dan hebat ciptaan Allah.

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.!

~KK~

Saturday, March 26, 2011

BiOchEmistry LeCTURe NOtes..

assalamualaikum wbt..

disini disertakan link utk lecture notes biochemistry oleh dr samia..
sila klik utk download ye..

chapter 8
Biological Membrane

chapter 9
utk hormones..ade 2 bahagian tau..
sebab size die beso sgt utk di upload..
so saye bahagikn 2...
hormone 1/2
hormone 2/2

oke..slamat study..
smoga ini dpt membantu kalian..



*~pkk~*

ce kongsi..ce kongsi.. :)

kenapa ramai pelajar universiti tidak lulus exam ...


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!




-niEna-
-selamat study-

Friday, March 25, 2011

Medical.Skills

Coronary Artery Bypass Surgery (CABG)

Sape2 minat nak jd Surgeon or Cardiologist,boleh la tengok2 tuk tambah semangat nak study..hahaha.!!

Selamat berstudy..!!

    
 

~KK~

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

 DEMI ISLAM, CERIAKANLAH DIRIMU !

“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.
Saya memahaminya.
Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.  
Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.

DUNIA ASING

Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.
“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan.
Muslimah itu mendiamkan diri seketika.
“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.
Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.
Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.
Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.
Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.
Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?

TIDAK MUDAH

Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.
Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.
Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.
Berbeza sekali dengan yang perempuan.
Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.
Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.
“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.
“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.

PAKAIAN ITU SEKUNDER

Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.
Maka faktor pakaian memang ada peranannya.
Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.
Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.
Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!
Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.
Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.
Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.

AKHLAQ PENENTU

Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.
Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.
Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.
Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?
Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

Sumber : 
 ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Wednesday, March 23, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

Artikel ini memerlukan kpd pemahaman yg kuat,pencernaan yg baek dan penghadaman yg bagus. Baca,hadam dan faham.!! Peace No War ~  =)

 KOMUNIKASI KULIT KOMUNIKASI ISI


Get the point, not the points!
“Ya Allah, rezekikanlah kami kefahaman!” mulut melafaz doa.

Rupa-rupanya FAHAM itu adalah rezeki.

Andai faham itu rezeki, maka jalan kepadanya sama seperti rezeki-rezeki yang lain.

Rezeki wang, datangkah ia berkepuk jatuh dari langit?

Tentu sahaja tidak. rezeki wang datang dengan kerja dan usaha. Perlu berusaha.

REZEKI PENJUAL MODEM BROADBAND

Seorang anak muda berusaha untuk mencari wang. Dia membuka meja untuk menjual modem Broadband, di bawah redup pohon bidara, di tepi sebuah lorong yang orang tidak berapa lalu. Berpeluh dari pagi hingga ke petang. Menjelang sore, terjualkah modem beliau?

Sifar!

Langsung tidak terjual.

Jika syarat rezeki itu ialah berusaha, bukankah beliau sudah berusaha? Tentu sahaja beliau sudah berusaha. Berpeluh, masa dan sabar, dari pagi hingga ke petang. Tetapi usahanya tidak membuahkan hasil. Puncanya, beliau SALAH CARA dalam BERUSAHA.

Jual modem Broadband di bawah pohon bidara? Pohon bidara itu pun orang sudah takut melihatnya. Mungkin ada yang sampai terdetik, “yang di bawah pokok itu manusia atau jembalang?” Lorong itu pula tidak ditempuh orang. Maka usahanya memang usaha. Tetapi hasilnya tiada. Semua kerana salah cara dalam berusaha.

Samalah juga dengan rezeki faham.

Bukan semua orang yang berusaha datang ke majlis ilmu akan faham. Yang tidak ke majlis ilmu sudah tentu bermasalahnya dia. Tetapi yang datang pun, sama ada majlis ilmu secara mengadap, mahu pun dengan melayari halaman-halaman web sebagai sumber ilmu, bukan semua yang berakhir dengan FAHAM. Ramai yang tidak faham.

Puncanya?

Bukan tidak berusaha. Tetapi salah cara dalam berusaha.

CIRI ULUL ALBAAB

Ulul Albaab tidak ada kena mengena dengan Ahmad Albab.

Albaab itu adalah kata jamak daripada Lubb. Ia memberikan maksud ‘ISI’ atau ‘INTI’. Justeru Ulul Albaab memberi makna orang yang dapat isi, bukan kulit. Jika dikaitkan ia dengan faham, maknanya orang yang ULUL ALBAAB itu adalah orang yang faham isi, bukan faham kulit. Dalam bahasa mudahnya, orang yang get the point.

Siapakah mereka?

Ada 16 ayat di dalam al-Quran Allah Subhanahu wa Ta’aala menyebut tentang karakter Ulul Albaab.
Namun karakter yang satu ini, berkait secara langsung dengan soal rezeki faham:


Syarat pertama untuk jadi orang yang fahamnya adalah faham isi, dia perlu ada kemahiran mendengar.

Dengar dahulu pendapat-pendapat yang datang kepadanya.

Dengar.

Kemudian membuat pertimbangan.

Memilih dan komited pada mengikut yang terbaik.

Itulah pra syarat orang yang mendapat hidayah.

Petunjuk… kunci kepada penyelesaian.

BAGAIMANA MENDENGAR DENGAN KEMAHIRAN TINGGI?

Mendengar, dengan telinga yang dua berbanding mulut yang satu itu, biar sekali ganda lebih bersungguh berbanding dengan bercakap.

Rehatkan persepsi, rehatkan pengalaman silam, rehatkan apa yang kita telah tahu, bukakan diri untuk mendengar dengan empati, supaya apa yang didengar bukan mengikut kehendak kita yang mendengar, tetapi mendengar seperti yang sepatutnya didengar.

Apabila ada sesuatu yang kita rasa tidak setuju, jangan cepat melatah melulu. Kawal diri, dengar atau baca sekali lagi, nilaikan apa yang kita faham.

Apakah kefahaman kita memang apa yang dimaksudkan oleh pihak yang bercakap?

Atau ia hanya persepsi kita?

Misalnya, tatkala seseorang berbicara tentang nuklear, jangan cepat melatah pada menganggap semua yang bercakap kritis tentang nuklear itu mengkritik teknologi nuklear. Mungkin yang dikritiknya adalah integriti pihak pemaju projek nuklear. Bukan teknologi nuklear. Tatkala kita melulu dalam berkata, yang terserlah adalah kegopohan kita. Latah yang melunturkan kesarjanaan pengetahuan kita sendiri. Maka jangan terlalu cepat memberikan maklum balas. Fikir seketika, dan nilaikan semula.

Jangan dengar dan baca apa yang kita mahu dengar dan baca sahaja.

Dengar apa yang orang mahu kita dengar.

Dengar apa yang sepatutnya kita dengar.

Jangan dengar hanya pada perkataan sahaja.


APA SYARAT MENDAPAT KEMAHIRAN INI?

Manusia kulit berkomunikasi antara mulut dan telinga.

Manusia isi berkomunikasi dengan hati.

Komunikasi kulit, menganggap iPhone 4 adalah alat komunikasi paling canggih. Walhal jika hati tidak mahu berbicara, butang merah juga yang ditekannya. Secanggih mana pun telefon, akhirnya tidak dapat berbicara dan mendengar juga.

Komunikasi hati, lain kisahnya. Biar pun terpaksa naik bas loncat bersalin bas tiga kali, semuanya sanggup ditempuh kerana hati benar-benar mahu berjumpa dan berbicara.

Justeru komunikasi Ulul Albaab banyak memerlukan pembaikan hati.

Perbaiki hati, agar ada ukhuwwah, ada empati.

Dengan hati yang mahu berkomunikasi, kita lebih sabar dalam mendengar.

Lebih berisi.

Get the point, not the points!




ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

I.S.U S.E.M.A.S.A


 "Maka bagaimana pendapatmu jika Allah memberikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka, nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya. Dan Allah tidak membinasakan sesuatu negeripun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan; untuk menjadi peringatan. Dan Allah sekali-kali tidak berlaku zalim."  
[Asy Syu'araa', 26:205-209]

Tuesday, March 22, 2011

K.A.R.Y.A. K.I.T.A.


DAH SAMPAI IPOH BELUM ?

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik..tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.Setiap seminit dia akan
bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. penumpang di sebelahnya menjawab.. "Tidor aje la..Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh .. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.
Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh ! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi
bungkusnya..
Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?"tanya pemandu kebingungan.

"Tak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

~KK~

Sunday, March 20, 2011

Coretan.Hati. ~KK~


DI MANAKAH KITA ?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Apa khabar sahabat sahabiah sekalian?. Ame harap smua nya sntiasa sihat,ceria dan bersemangat selalu,insyaAllah. Apa khabar juga iman kita masing2? Tinggi ke? Rendah ke? Tepuk dada tanyalah iman,bukan tanya selera.(Selera Tanta pun belum bukak lagi.hehe)

Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ini. Mati itu pasti, cuma masa yang tak diketahui.!

Alhamdulillah,setelah lebih sebulan kita `tercuti` ,akhirnya kembali jua kita ke ArdulKinanah,bumi Tanta yg kita rindui ini,dlm usaha untuk meneruskan perjuangan kita menggapai cita2 di awangan. =)

Mengimbau kembali peristiwa2 yg berlaku sejak akhir2 ini,dlm kerangka masa sebulan kita di Malaysia,pastinya kita sbg `mahasiswa yg Islam` tidak seharusnya memandang mudah dan mengambil ringan apa jua yg berlaku.

Bermula dgn Revolusi Tunisia diikuti Mesir,yg kemudiannya merebak ke Bahrain,Yaman,Jordan dan Arab Saudi,Perang Saudara Libya,gempa bumi di New Zealand dan China,dan yg paling mutakhir, gempa bumi dan Tsunami yg telah melanda Pantai Timur Jepun yg kini telah meragut ribuan nyawa. Semua peristiwa yg berlaku ini sama ada ianya adalah bala drpd Allah ataupun bencana alam semata,pastinya mempunyai hikmah2 yg 
tersendiri. Hikmah yg hanya akan diperoleh org2 yg berfikir.

REVOLUSI MESIR 2011, MASA DEPAN UNTUK ISLAM

  "Doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. Bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini,menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam..."

Bermula pada Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011, tarikh keramat yg pastinya akan diingati oleh seluruh masyarakat dunia khususnya masyarakat Mesir sendiri. Ia bermula dengan cukup mudah. Seorang pemuda bernama Wael Ghonim telah memulakan satu rangkaian dlm laman sosial facebook dgn kempen “Kulluna Khaled Said”.Ia mendapat sambutan hangat dlm masa yg singkat di Mesir sehingga mencapai ratusan ribu dlm masa beberapa minggu sahaja.

Atas nama membela kezaliman yg dilakukan terhadap Khaled Said,anak-anak muda di Mesir yg sekian lama terkongkong dgn autokrasi rejim Hosni Mubarak turun ke jalan raya berdemonstrasi dgn satu semangat ; melihat Hosni Mubarak undur atau diundurkan.! (kite bakor,kite bakor,kite bakor je Hosni tu...)

Allah SWT memilih tarikh keramat 11 Februari 2011 untuk menghina Hosni Mubarak dgn pengunduran yg terpaksa dilakukannya. Tarikh yg hampir sama 72 tahun yg lampau menyaksikan rebahnya imam agung,pengasas Ikhwanul Muslimin,as-Syahid Hassan al-Banna di muncung senjata pada 12 Februari 1949. Nyata sekali,kebangkitan rakyat tidak dapat dihalang lagi.Ia menerobos benteng istana Hosni Mubarak dan merebahkan pertahanan polis yg sekian lama menjadi alat rejim. Lihatlah betapa mudahnya Allah jika Dia hendak menghina sesiapa pun yg diingini Nya. KunFaYakun.!!

Namun,siapakah Khaled Said dan Wael Ghonim sebenarnya? Apa yg telah mereka lakukan? Pastinya masih ramai yg masih kurang mengenali mereka. Sedikit kisah mereka akan saya kupas dlm coretan Revolusi Mesir 2011, Masa Depan Untuk Islam akan datang.(sabo j lah.hehe.)
 
GELOMBANG MAUT TSUNAMI

Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Berbalik kpd Tsunami, 11 Mac 2011, tarikh yg menjadi saksi kpd sesuatu yg tidak pernah dicatat dalam sejarah dunia moden. Gempa bumi, berukuran 8.9 pada skala Richter,antara yg paling kuat pernah direkodkan telah menggegarkan Pantai Timur Jepun. Gegaran yg maha dahsyat ini mengundang bencana yg paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah,ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tiada apa yg mampu diungkapkan, selain berdoa agar kejadian ini tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada 26 Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak. Subhanallah !

PENUTUP

" Namun berita tsunami mentaliti segelintir masyarakat sendiri yang masih mementingkan diri sendiri dengan pemikiran “as long as it’s not me” di minda sangat mengecewakan dan meresahkan."

Kita, sebagai seorang mahasiswa yg Islam,seharusnya sentiasa peka dan prihatin dgn setiap apa yg berlaku di sekeliling kita sekarang ini. Janganlah kita sengaja memekakkan telinga,membutakan mata,membisukan mulut dan diam seribu bahasa walhal pelbagai peristiwa telah berlaku untuk kita sama2 berfikir,merefleks diri dan mengambil pengajaran.

Kita adalah mahasiswa.! Mahasiswa yg pada suatu hari nanti akan mencorakkan dunia Islam kerana kita adalah mahasiswa yg Islam.!!

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Acheh dan Jepun baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Setiap kali menonton siaran berita di televisyen, saya tidak dapat menahan sebak di dada. Tetapi apabila mengenangkan kebiadapan manusia hari ini,mungkin Tsunami sahaja yang mampu memecahkan tempurung kepala kita hari untuk faham dan menginsafi kuasa Allah SWT. Ceramah tak makan, motivasi tak jalan, nasihat tak dilayan, teguran dipinggirkan, yang menang akhirnya tetap hiburan dan keseronokan. Tidakkah kita sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hamba Tuhan?

Tepuk dada tanyalah iman. Sekian..~


~ AmirIsmail ~
20032011
0451pm
Villa Retak Seribu
Tanta,Mesir.

RUJUKAN

1) Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri, SAIFULISLAM.COM
2) Buku Revolusi Mesir 2011,Masa Depan Untuk Islam.
   -pandang sisi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat