Saturday, January 8, 2011

Bermulanya ceritera KITA -Kalam KK-



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji dan puja bagi Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan besar,Rasulullah Sallalahualaihi wasallam.


Dengan lafaz Bismillah,saya melancarkan blog Group C yang diberi nama Blog K.I.T.A.
Inilah ruang di mana lontaran pendapat anda semua akan disuarakan,dengan pandangan yang pelbagai dan perspektif dari berbagai sudut.

Maka kepada ahli semua,blog K.I.T.A ini adalah wadah untuk kita memperdalamkan ta’aruf kita, mempereratkan ukhuwwah kita, meluahkan perkongsian kita, dan kita boleh berbincang apa saja dengan yang lain melalui blog ini.

 Sebelum itu,saya memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama sebelum dapat menyiapkan blog ini bersama Unit Blog.Sudah ada niat sebenarnya untuk melancarkan pada tanggal 1/1/2011,namun apakan daya,kami tak berdaya.hehe.Disebabkan kesuntukan masa (juga, kami bukannya kaki Blogger!), maka niat tersebut tergendala seketika.

“ Kamu merancang, dan ALLAH merancang, tetapi ALLAH jugalah sebaik-baik perancang”

InsyaAllah, blog K.I.T.A ini akan memberi sejuta pengajaran buat insan yang bergelar muslim & muslimah diluar sana (terutamanya kita semua) demi hasrat untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini terlaksana.Saya amat berharap anda semua akan sama-sama memeriahkan blog K.I.T.A ini,kerana ini adalah blog milik kita bersama Group C,insyaAllah. Amin…~

“Salam Ukhuwwah, Salam Pembuka Bicara”

-      
       
          Demi Islam Tercinta,
          Muhammad Amir Bin Ismail
    KK K.I.T.A.


*credits to Unit Blog


3 comments:

  1. congrats kk
    semoga menjalankan amanah dengan ikhlas
    also
    credits to unit blog group c!

    ReplyDelete
  2. sedih kot kne pijak!
    waaaaaaaaaaaa..sakit!
    ketua yg menjalankan pemerintahan kuku besi..huhaha
    main2 je..ma'lish!

    ReplyDelete
  3. hahahaha..kuku emas lah,bkn kuku besi..~

    ReplyDelete

orang gembira!