Wednesday, February 23, 2011

tunda2....

rasenye sume dah maklum ni...
tapi xpe...
nak post jugak...
ni diambil dari..
http://www.medicmesir.com

Post Ops Piramid : Peperiksaan dan Kuliah Tanta University

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dekan Tanta University, Prof Dr Mohsen, baru menghubungi UmmiMM dan dimaklumkan makluman terkini mengenai kedudukan peperiksaan dan kuliah untuk pelajar di Tanta University.

PERTAMA: Peperiksaan pertengahan tahun ditunda dan akan dilaksanakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Bermakna, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula June 2011 dan diikuti terus dengan peperiksaan akhir tahun dan selepas 2-3 minggu diikuti dengan peperiksaan ulangan (dhur thani).

KEDUA: Pelajar perlu bersedia untuk TIADA cuti musim panas.

KETIGA: Kuliah akan bermula pada 15hb Mac 2011.

Maaf, ini adalah setakat hari ini, setelah perbincangan pihak tertinggi Malaysia dan Mesir. UmmiMM juga mohon maaf kerana terpaksa memaklumkan makluman ini mendahului pihak kerajaan kerana terlampau banyak panggilan telefon mengenai perkara yang sama untuk dijawab, terutamanya dari ibubapa.

Harap maklum.

Salam sayang,
ummiMM
 
p/s: kepada sume yang telah bertungkus lumus study...jgn bimbang ye...anggaplah ia sebagai 1 step untuk kamu lebih ke hadapan...untuk final trus..!hehe..truskan usaha anda..!

No comments:

Post a Comment

orang gembira!