Tuesday, February 15, 2011

C.o.r.e.t.a.n. H.a.t.i.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah..

Apa khabar sahabat sahabiah semua?.Moga2 snantiasa sihat sejahtera dan dlm limpah kurnia-Nya. 

Tidak lupa juga,saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua ikhwah akhawat GroupC. Marilah sama2 kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar,nabi kita Muhammad sallahualaihiwasallam. Bukan sahaja berselawat pada hari maulud semata2 bahkan biarlah menjadi kebiasaan utk kita membasahkan mulut kita dgn berselawat pada hari2 yg laen juga.
Kerana di akhirat kelak,kita amat mengharapkan syafaat nabi kita bukan?

Emm,dah lama jugak blog K.I.T.A ini x di update kan? Dah bersawang nampaknye.tett..
xpe2..kali ini KK terasa gatal tangan nak menulis,so terkeluarlah coretan hati ini..haha,poyo je.
Sebenarnya KK pon xde point nk mnulis ni..Nak tulis pasal ape ye?..

Pasal Husni Murtabak jd org plg kaya di dunia? Kalah Bill Gates tuu..

Pasal rusuhan dkt Yaman dan Algeria skang ni? tgk lah berita tuu..

Pasal Kelantan lead Liga Super?.oppsss..=)

Fikir punye fikir,maka menyalalah mentol idea tuu.hahha. 

Adalah seeloknye ketika ini, KK berbicara pasal kekasih kita,Rasulullah sallauhalaihiwasallam. Kan skrg ni Maulidur Rasul..
Sebelum meneruskan lebih lanjut,KK nak kita tepuk dada tanya iman kita,"Adakah aku ada sesuatu yg lebih dicintai drpd Rasulullah?" Kalau ada,maka ingatlah hadis ini.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia."
(H.R Bukhari)

Haaa,awal2 lagi `kekasih kita` itu memberi peringatan tentang hakikat cinta yg sebenar. Maka di manakah iman kita?
Mana mungkin kita dapat menyatakan cinta kita kepada Rasulullah jika kitalah org pertama memperlekehkan sunnah dan ajaran Baginda?
Mana mungkin kita dapat menyatakan cinta kita kepada Rasulullah jika kitalah org pertama membenci dakwah Baginda?
Jika Rasulullah tdk pernah melebihkan bangsa Arab ke atas bangsa yg laen - kerana setiap anak Adam itu sama sahaja di sisi Allah melainkan yg bertaqwa, kita pula yg membeza-bezakan darjat sesama manusia hanya kerana berlainan bangsa dan warna kulit.

Antara isi khutbah terakhir Rasulullah sallahualaihiwasallam :

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Nah, jika kita masih melakukan apa yang Rasulullah tidak suka, bagaimana mungkin kita katakan kita sudah cukup kasih dan cinta akan Baginda. Sesungguhnya, kasihkan Baginda tidak memadai dengan hanya berarak dan berselawat memuji Baginda, tetapi juga menginsafi falsafah diutuskan Baginda kepada kita semua, iaitu tidak lain dan tidak bukan sebagai rahmat sekalian alam.

Moga-moga belum terlewat untuk kita kembali 'menghargai' rahmat yang didatangkan kepada kita melalui pengutusan baginda Rasulullah. Mudah-mudahan dengan cinta dan kasih kita yang tidak berbelah bahagi ini, kita akan beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak seterusnya sama-sama menghuni syurga Allah bersama-sama Baginda, para anbiya', solihin dan pejuang-pejuang agama suci ini.

Begitu cinta dan sayangnya Rasulullah kepada kita,walhal kita ini sering shj menggadaikan cinta Rasulullah itu dgn benda yg tidak sepatotnye. Maka di manakah iman kita?..

"Kalau nak tahu macam mana Rasullulah dgn kita di akhirat kelak,tengoklah macam mana kita sendiri dgn Rasulullah skrg ini? "
 ~KK~

No comments:

Post a Comment

orang gembira!