Monday, February 28, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

RAMA-RAMA VS WANITA

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.



I.M.P.O.R.T.A.N.T.

Latest Update : Yana.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Setelah sekian lama sunyi,akhirnye dapat jgk some updates Yana..
kali ini kk dapat drpd Yana sndiri..

Alhamdulillah,Yana gtaw dye da boleh bjalan2 cam biase..mybe ad saket ckit2..
pastu,Yana kena pakai philadephia collar neck selama 3bulan,then baru bleh tukar kpd soft collar neck.
so,sempat lah klau ade kawan2 nk tgk nye kt Mesir nt..Yana pesan,tngu dan lihat j lah..

Selain itu,Yana turut berasa terharu sgt2 dgn sokongan dan doa2 drpd ikhwah akhawat sekalian..(peace Yana.!).
Doa2 dan ucapan selamat drpd kalian lah yg mmberi smangat kpd Yana utk menguatkan diri mengharungi musibah yg melandanya serta rakan2 yg laen.
Yana jgk mngalami sdikit trauma krana dia yg memandu kereta smsa excident berlaku..so,pohon jasa baek kalian supaya dpt same2 mmberi smangat kpd Yana.

Akhir kalam,smoga kita dpt teruskan berdoa mintak Yana cepat sembuh mentally n physically..ketika mngalami musibah begini lah,bantuan dan suntikan moral drpd rakan2 amat penting wlau kpd sesiapa pun..smoga kita semua dapat kembali ke Mesir dan belajar dlm kelas GroupC yg kita rindui dlm kdaan selamat,aman dan sejahtera. Sama-sama kita doakan..amin.

~KK~

Wednesday, February 23, 2011

K.A.R.Y.A. K.I.T.A.



JAWATAN ITU

Oh Jawatan,
Engkaulah madu,engkaulah racun.

Oh Jawatan,
Kerana engkau aku berjasa,
Atau mungkin aku binasa.

Oh Jawatan,
Kerana engkau aku dijulang,
atau mungkin aku dibuang.

Oh Jawatan,
Akhirat kelak punca penyesalan,
Maka,waspada akan mu bukan kerugian.
                                                                                 
~ AmirIsmail ~
23022011
0236am
Villa Coklat
Kota Bharu ,Kelantan

PUISI JAWATAN ITU


 "same2 mengambil iktibar drpd apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir serta negara sekitarnye yg akan menyusul insyaAllah, thadap pemerintah yg ZALIM dan menyalah guna kuasa..."

p/s - tangan gatal buat puisi..hahaha.~

tunda2....

rasenye sume dah maklum ni...
tapi xpe...
nak post jugak...
ni diambil dari..
http://www.medicmesir.com

Post Ops Piramid : Peperiksaan dan Kuliah Tanta University

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dekan Tanta University, Prof Dr Mohsen, baru menghubungi UmmiMM dan dimaklumkan makluman terkini mengenai kedudukan peperiksaan dan kuliah untuk pelajar di Tanta University.

PERTAMA: Peperiksaan pertengahan tahun ditunda dan akan dilaksanakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Bermakna, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula June 2011 dan diikuti terus dengan peperiksaan akhir tahun dan selepas 2-3 minggu diikuti dengan peperiksaan ulangan (dhur thani).

KEDUA: Pelajar perlu bersedia untuk TIADA cuti musim panas.

KETIGA: Kuliah akan bermula pada 15hb Mac 2011.

Maaf, ini adalah setakat hari ini, setelah perbincangan pihak tertinggi Malaysia dan Mesir. UmmiMM juga mohon maaf kerana terpaksa memaklumkan makluman ini mendahului pihak kerajaan kerana terlampau banyak panggilan telefon mengenai perkara yang sama untuk dijawab, terutamanya dari ibubapa.

Harap maklum.

Salam sayang,
ummiMM
 
p/s: kepada sume yang telah bertungkus lumus study...jgn bimbang ye...anggaplah ia sebagai 1 step untuk kamu lebih ke hadapan...untuk final trus..!hehe..truskan usaha anda..!