Wednesday, February 16, 2011

I.M.P.O.R.T.A.N.T.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Seorang sahabat group kite,Nurfaryanna Farahim atau Yana telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke KL bersama akhawat laen tadi.
Latest update Yana dah sedarkan diri,tp mybe msih di ICU..
Minta ikhwah akhawat sekalian dapat sama2 mendoakan keselamatan dan kesihatan Yana.
Diharapkan Yana dapat pulih seperti sedia kala dan dapat meneruskan pengajiannya bersama kita semua.
InsyaAllah,Amiin..

~KK~

Tuesday, February 15, 2011

I.S.U S.E.M.A.S.A

By : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Masih Lenakah Tidurmu di Belakang Bicara Anak Muda Itu



Kisah lalat masuk telinga yang menyebabkan kematian Taghut bernama Namrud itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Tiada di dalam al-Quran.

Tiada di dalam hadith yang sahih.

Tetapi matinya manusia-manusia besar oleh sebab-sebab yang kecil, ia disaksikan oleh sejarah sepanjang zaman.


Ada manusia mati digigit nyamuk.

Ada maharaja tumbang oleh sebab yang tidak disangka-sangka.

Dan tiap-tiap kisah dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. [Surah Hud 11: 120]

Kisah Musa ‘alayhi al-Salaam menentang Firaun adalah amaran Allah kepada Taghut, bahawa penumbangnya mungkin membesar di dalam istana beliau sendiri. Mentor ditumbangkan Mentee, Ayahanda ditumbangkan Anakanda, Perdana ditumbangkan Timbalannya.

Manakala kisah Ashaab al-Ukhdood pula, menjadi amaran Allah kepada Taghut, bahawa penumbangnya mungkin bukan orang besar-besar, namun hanya seorang anak muda dari jalanan. Ghulam yang tidak punya nama, namun kematiannya meruntuhkan empayar angkuh pemerintah yang zalim.

Menyesallah sekalian masyarakat yang memperlekehkan Ibrahim alayhi al-Salaam, semata-mata kerana beliau itu HANYA seorang anak muda.
 
“(Setengah daripada) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)“ [Al-Anbiya’ 21: 60]

Anak muda bukan sebarang anak muda.
Anak muda ada sesetengahnya benar-benar menggoncang dunia.

ANAK MUDA DARI JALANAN
Justeru wahai sekalian Taghut,
Selepas Taghut Tunisia Zine El Abidine Ben Ali tumbang akibat kematian ngeri anak muda yang dihina di jalanan, bernama Mohamed Bouazizi,

Selepas Taghut Mesir Muhammad Hosni Sayyid Mubarak tumbang akibat pembunuhan ngeri anak muda yang dihina di jalanan, bernama Khaled Mohamed Saeed,

Masih lenakah tidur kamu di belakang kesempitan rakyatmu?
Anak-anak muda sedang berbicara di luar sana.

C.o.r.e.t.a.n. H.a.t.i.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah..

Apa khabar sahabat sahabiah semua?.Moga2 snantiasa sihat sejahtera dan dlm limpah kurnia-Nya. 

Tidak lupa juga,saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua ikhwah akhawat GroupC. Marilah sama2 kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar,nabi kita Muhammad sallahualaihiwasallam. Bukan sahaja berselawat pada hari maulud semata2 bahkan biarlah menjadi kebiasaan utk kita membasahkan mulut kita dgn berselawat pada hari2 yg laen juga.
Kerana di akhirat kelak,kita amat mengharapkan syafaat nabi kita bukan?

Emm,dah lama jugak blog K.I.T.A ini x di update kan? Dah bersawang nampaknye.tett..
xpe2..kali ini KK terasa gatal tangan nak menulis,so terkeluarlah coretan hati ini..haha,poyo je.
Sebenarnya KK pon xde point nk mnulis ni..Nak tulis pasal ape ye?..

Pasal Husni Murtabak jd org plg kaya di dunia? Kalah Bill Gates tuu..

Pasal rusuhan dkt Yaman dan Algeria skang ni? tgk lah berita tuu..

Pasal Kelantan lead Liga Super?.oppsss..=)

Fikir punye fikir,maka menyalalah mentol idea tuu.hahha. 

Adalah seeloknye ketika ini, KK berbicara pasal kekasih kita,Rasulullah sallauhalaihiwasallam. Kan skrg ni Maulidur Rasul..
Sebelum meneruskan lebih lanjut,KK nak kita tepuk dada tanya iman kita,"Adakah aku ada sesuatu yg lebih dicintai drpd Rasulullah?" Kalau ada,maka ingatlah hadis ini.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia."
(H.R Bukhari)

Haaa,awal2 lagi `kekasih kita` itu memberi peringatan tentang hakikat cinta yg sebenar. Maka di manakah iman kita?
Mana mungkin kita dapat menyatakan cinta kita kepada Rasulullah jika kitalah org pertama memperlekehkan sunnah dan ajaran Baginda?
Mana mungkin kita dapat menyatakan cinta kita kepada Rasulullah jika kitalah org pertama membenci dakwah Baginda?
Jika Rasulullah tdk pernah melebihkan bangsa Arab ke atas bangsa yg laen - kerana setiap anak Adam itu sama sahaja di sisi Allah melainkan yg bertaqwa, kita pula yg membeza-bezakan darjat sesama manusia hanya kerana berlainan bangsa dan warna kulit.

Antara isi khutbah terakhir Rasulullah sallahualaihiwasallam :

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Nah, jika kita masih melakukan apa yang Rasulullah tidak suka, bagaimana mungkin kita katakan kita sudah cukup kasih dan cinta akan Baginda. Sesungguhnya, kasihkan Baginda tidak memadai dengan hanya berarak dan berselawat memuji Baginda, tetapi juga menginsafi falsafah diutuskan Baginda kepada kita semua, iaitu tidak lain dan tidak bukan sebagai rahmat sekalian alam.

Moga-moga belum terlewat untuk kita kembali 'menghargai' rahmat yang didatangkan kepada kita melalui pengutusan baginda Rasulullah. Mudah-mudahan dengan cinta dan kasih kita yang tidak berbelah bahagi ini, kita akan beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak seterusnya sama-sama menghuni syurga Allah bersama-sama Baginda, para anbiya', solihin dan pejuang-pejuang agama suci ini.

Begitu cinta dan sayangnya Rasulullah kepada kita,walhal kita ini sering shj menggadaikan cinta Rasulullah itu dgn benda yg tidak sepatotnye. Maka di manakah iman kita?..

"Kalau nak tahu macam mana Rasullulah dgn kita di akhirat kelak,tengoklah macam mana kita sendiri dgn Rasulullah skrg ini? "
 ~KK~

Thursday, February 3, 2011

Apa khabar K.I.T.A?





Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t (:



semoga semua berada dalam keadaan baik-baik saja hendakNya.
simpati atas keadaan yang menimpa sahabat-sahabat kita yang berada di Cairo dan Alex khususnya.
jika nak dibandingkan dengan keadaan kita disini syukur sangat-sangat kerana keadaan di Tanta tidaklah seteruk di sana. jaga diri baik-baik ye kawan-kawan !
tapi,apa-apa pon doa serta kebergantungan kita kepadaNya perlulah diteruskan kerana kita merancang,ALLAH jua merancang...dan sebaik-baik perancang itu adalah ALLAH.moga 
keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Rindu sangat Mesir yang dulu.



Mid year exam pula masih samar-samar.
kejap delay kejap tidak.
moga ALLAH tunjukkan yang terbaik buat kita semua.
selamat studi kerana ALLAH.
semoga masa yang ada dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya.






Always aim for the MOON !

To reach the MOON , you need to FLY .
To take a STEP FORWARD, you should take RISK .
You may FALL from the SKY
But the BEST way out is always THROUGH .


buat yana dan baby
sanah helwah!
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
dah dua puluh tahun dah dua kakak comel K.I.T.A ni ye.
nak hadiah?
mintak kk belanja ye.
hehe :P




Wassalam (: