Friday, May 13, 2011

Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)

DURI

Ia seakan-akan duri yang mencucuk-cucuk yang terpaksa ku telan. Walau berkali-kali pun aku pernah menelannya, ia tetap tidak pernah lupa untuk mencalari segenap jiwaku tanpa belas kasihan setiap kali.


Dan duri itu pasti melukai sekali lagi
Setiap kali…
bila aku mengesan bibit-bibit kelemahan itu timbul
bila aku mendengar keluhan-keluhan yang tidak berkesudahan
bila aku melihat halaqah usrah yang makin merasakan kehilangan
dan bila aku menyaksikan dakwah kian dipinggirkan


Usahlah memperdengarkan keluhan
Kerana keluhan hanya untuk mereka yang lemah
Usahlah berikan alasan
Kerana alasan hanya untuk mereka yang bertangguh
Dan usahlah terus menghilang
Kerana itu hanya untuk mereka yang tiada keberanian


InsyaAllah,
Jika kalian lemah..
maka perdengarkanlah padaku doamu memohon kekuatan
dan aku akan ikut berdoa bersamamu
Jika kalian sibuk..
maka berikanlah aku amanah
dan aku akan mencari jalan sehabis dayaku demi meringankan bebanmu
Jika kalian sakit..
maka maklumkanlah padaku
dan aku akan menziarahimu bahkan menjagamu


Moga kalian pula
Akan menjadi sumber kekuatanku bila tiba masanya
Kejutkanlah daku bila aku terlena
Nasihatkanlah daku bila aku leka
Ingatkanlah daku bila aku terlupa
Dan doakanlah daku sentiasa
Kerana aku juga tidak tahu
bila taufan futur akan melanda


Kerana...
“Ad da’watu tasiru bina wa bighairina
wa nahnu namutu biduni da’wah”
(Dakwah boleh hidup dengan atau tanpa kita
Tapi kita tidak boleh hidup tanpa dakwah)


Percayalah
Bersama-sama itu mudah dan indah
Sungguh
Ana uhibbukum fillah…


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yg berperang di jalanNya dalam saf yang teratur seakan mereka seperti suatu binaan yang kukuh.”
(As-Saff : ayat 4)

~KK~

SUMBER 

2 comments:

  1. like!^^
    alhamdulillah saat diri ni terase futur masih ad sumber kekuatan yg Allah anugerahkan waima diri sring lalai..Allah tidak pernah melupakan hambaNya namun hambaNya yang sering menjauhkan diri..Allah Maha Pengampun dan Maha penyayang..jgn pernah putus asa kerna hidayah Allah pasti menyusul andai hati dibuka dan dibersihkan..yakinlah dgn cinta dan kasihNya yang tidak pernah menghampakan..muhasabah diriku jua~
    oh ya, syukran alayk ya akhi fil islam..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada sahabat yang tidak jemu mengingatkan aku pada kasihNya saat jatuh bangunku..moga ukhuwwah yang terbina dan kasihsayang antara kita semuanya kerana Dia,pemilik cinta teragung..:)

    ReplyDelete

orang gembira!