Saturday, January 15, 2011

I.M.P.O.R.T.A.N.T.

Assalamualaikum...
Apa khabar iman kita semua?.Tepuk dada tanya lah iman. =)

Ok,kepada semua pelajar Group K.I.T.A,
jangan lupa yee esok sila bawa : 
                 
               1) Borang Unit Kebajikan(SULIT).
               2) Salinan muka depan Passport dan cop Visa yg terakhir.
               3) Gambar size Passport dan salinan muka depan Passport.


* yang No.3 tu hanya utk yg belom dapat dan nk buat kad pelajar sahaja...Yang dah dapat x perlu,mashi?..*

p/s - tolong sampai2kan kpd yang laen jgk deh..~

-KK-

Tazkirah Hari Ini (T.H.I)

TIGA PERKARA YANG PERLU BAGI SEORANG PELAJAR ISLAM 

3 PERKARA YANG PERLU DIKURANGKAN :
1) Kurangkan tidur
2) Kurangkan bercakap + kurangkan bermain-main + kurangkan gelak = hilang ilmu
3) Kurangkan berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah

3 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN :
1) Banyakkan ulangkaji
2) Banyakkan makan makanan yang berkhasiat
3) Banyakkan solat sunat dan berserah serta yakin dengan kurniaan Allah taala (bertawakal)

3 PERKARA YANG PERLU DIJAGA :
1) Hubungan dengan Allah
2) Hubungan dengan ibu bapa
3) Hubungan dengan orang yang mengajar kita (guru) serta orang yang belajar bersama kita (kawan)


apabila engkau telah membulatkan tekad , maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal (3:159)




Friday, January 14, 2011

Misi Dahab K.I.T.A !


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t (:


“ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : 
Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya... ”


Pertama sekali,maaf ye sebab agak lewat update tentang " Misi Dahab K.I.T.A ! " 8)
huhu... takpe-takpe rasenye tak basi lagi kan.
haha.rase kenyang pizza semalam pon ada lagi neh haaaaa.
Yg penting sekali,terime kasih pada anak-anak Yayasan Terengganu (YT) sebab dah belanja kitorg   
7 pizza giant :P
 best sangat2.! hehe. bak kata Mizan,terime kasih daun keladi, kalu boleh esok belanja lagi!

besar tak?besar tak? nyum2

Mungkin ada je yang tak pernah datang ke Dahab sebelum ni kan,even dekat je pon dengan gamaah kite. Jalan kaki pon bole! Tapi semalam, memang seronok la bile dapat berkumpul ramai-ramai sampai penuh kedai dan habis kerusi kat dalam kedai tu. Memang rezeki.! Hari Khamis kan takde makanan kat gamaah. Huh,ape lagi,laju la kan abes je kelas neuro,sama-sama gerak utk solat dan cepat-cepat pegi Dahab..

Masa yang ada sementara menunggu pizza giant siap diisi dengan ucapan dan tazkirah ringkas daripada wakil anak-anak YT, ketua kelas K.I.T.A, Abang Mad dan juga sesi taaruf.
Pejam celik pejam celik dah hampir dua bulan lebih kita bersama tapi mungkin ada yang masih belum kenal antara satu sama lain. Harapannya,dengan adanya aktiviti-aktiviti macam ni secara tak langsung bukan sekadar mengeratkan lagi ukhuwwah di antara kita semua, malah dapat dijadikan peluang untuk kita lebih mengenali sahabat-sahabat kita dengan lebih baik lagi,insyaAllah.

Semoga ukhuwwah kita bukan sekadar hari itu,tapi utk selamanya.
 Yang jauh kita dekat-dekatkan
yang dekat kita erat-eratkan.
Mari sama-sama kita bantu kawan-kawan yang memerlukan
dan sama-sama kita berdoa semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.
Bak kata KK,"Mumtaz bersama itu hebat,fail bersama itu haprak!".

Mudah-mudahan moga setiap apa yang kita lakukan sentiasa mendapat redhaNya dan dibalas dengan ganjaran yang setimpal.
Let's strive for MUMTAZ.!
Mumtaz eh?
Mumtaz fi dunia wal akhirat.!
(^^,)v



pssst; gambar2 K.I.T.A akan di upload secepat mungkin. terima kasih kerana sabar~

 



p/s: Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini...

nukilan Yanti =)



Tazkirah Hari Ini (T.H.I.)


Motivasi: Sudah 21. Baru 21.

Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.
Berbicara mengenai umur. Umur kita.
Bagaimanakah kita memandang umur kita?
Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:
“Aku baru 18 tahun,”
“La, aku ni baru 20 tahun,”
Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:
“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”
Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:
“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”
Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.
Di manakah kita? Baru atau sudah?
Sama-sama muhasabah.

Virus yang melekat pada remaja&pemuda
Virus kefahaman, yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk ke dalam jiwa manusia hari ini.
Maka dilihat bahawa umur mudanya, yang saya pun tak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung, adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.
Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan, muncullah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalahan ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.
“Aku baru 17 tahun lah.”
“Aku baru 21 tahun.”
Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir untuk ummat. Belum sampai waktu untuk serius. Belum tiba waktu untuk matang.
Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai ‘remaja’.

Sedangkan, yang ditunjukkan kepada kita adalah sebaliknya
Sedangkan, kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu libur dan sambil lewa tidak pula ditunjukkan oleh Abdullah ibn Umar RA.
Beliau telah duduk di tengah-tengah majlis Rasulullah SAW bersama-sama orang tua yang lain, saat usianya masih teramat muda. Dilihat selepas itu beliau adalah yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW hingga diriwayatkan, beliau berusaha untuk memijak di mana tapak-tapak kaki Rasulullah SAW berpijak ketika berjalan. Beliau pernah pergi ke pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam, salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Akhirnya apakah yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar RA ini? Beliau menjadi rujukan ummat. Bahkan para sahabat pernah mencalonkan beliau sebagai calon terbaik untuk menggantikan ayahandanya, Umar Al-Khattab RA. Sedang usianya adalah usia pemuda ketika itu.
Adakah agaknya, pernah wujud di dalam dirinya perasaan: “Aku baru berumur sekian, aku tidak sepatutnya bersusah payah untuk melakukan itu dan ini.”?
Kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu untuk leka-leka dan tidak mengambil berat akan kehidupan, tidak pula ditunjukkan oleh Usamah bin Zaid RA.
Sedangkan, beliau baru sahaja berusia 18 tahun ketika diangkat oleh Rasulullah SAW sebagai jeneral perang menentang Rom ketika itu. Tidak pula dia menyatakan: “Aku baru 18 tahun ya Rasulullah.”
Bahkan, mengikut sejarah, beliau telah hendak menerjunkan dirinya ke medan Uhud, tetapi Rasulullah SAW melarang kerana usianya masih terlalu kecil ketika itu. Dan akhirnya pada usianya 15 tahun, dia mula berperang di sisi Rasulullah SAW, dan Usamah bin Zaid RA adalah antara yang tidak terganggu dengan serang hendap pada Perang Hunain, menjadikan dia dalam golongan yang sedikit dalam mempertahankan Rasulullah sebelum tentera muslimin bersatu semula ketika itu. Pastinya, ketika itu usianya lebih muda daripada 18 tahun.
Bagaimana?
Dan kita jenguk sebentar Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 22 atau 23 tahun ketika menawan Konstantinopel. Sedangkan dia masih muda, dan dia juga mengetahui bahawa Konstantinopel tidak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sebelumnya. Mengapa dia, seorang sultan, masih muda, tidak berlibur dan bersenang lenang sahaja di dalam istana?
Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh tidak menganggap dia ‘baru 22 atau 23 tahun’. Tetapi dia merasakan, dia ’sudah 22 atau 23 tahun’. Masa untuknya semakin sedikit. Sedang dia tidak tahu bilakah Konstantinopel baru boleh dijatuhkan. Maka dia perlu berusaha keras, bersegera mendapatkan kemenangan.
Tidakkah kita memerhatikan?

“Mereka itu tidak boleh kami ikuti!”
Beberapa remaja menempelak sedemikian.
Tidak, saya pun bukannya nak suruh kamu turun berperang mengangkat senjata. Atau duduk di dalam majlis ilmu para ulama’. Tetapi saya ini, ingin mengajak diri saya dan diri kita semua, untuk melihat kita di atas medan kita. Kita dan tanggungjawab kita.
Kita adalah siapa? Remaja. Pemuda. Tetapi bukan remaja dan pemuda biasa. Remaja dan Pemuda Islam. Maka apakah sepatutnya kita lakukan di dalam hidup? Walaupun kita mungkin tidak boleh mengangkat senjata seperti mereka, turun di medan perang seperti mereka, duduk di dalam majlis ilmu para ulama’ seperti mereka, bukankah kematangan, keseriusan, itu mampu kita bina? Disiplin dalam menjalani hidup dan tidak mengisinya dengan perkara-perkara yang lagha(melalaikan) lagi merosakkan, bukankah itu mampu kita lakukan?
Bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba Ilahi yang terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin, cuba menjadi mukmin yang proaktif, yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan sebagainya.
Itu mampu kita lakukan.
Bagaimana?
Atau kita sekadar tetap merasakan bahawa usia muda untuk liburan semata?

Penutup: Hari tua itu, mungkin tidak menjengah. Kalau menjengah pun, apakah kita berkualiti?
“Nanti tua la baru fikir semua benda ni.”
“Nanti bila dah besar sikit lagi, baru la serius.”
Hem. Yakah?
Bagaimana kalau hari tua itu tidak datang? Maksud saya, kita mati sebelum sempat merasa ‘tua’?
Dan bagaimana ya, kalau masa muda kita bermain-main, adakah masa tua nanti kita mampu menjadi satu peribadi yang berkualiti? Sekiranya masa muda kita habiskan dengan liburan, apakah benar masa tua nanti kita akan menjadi seorang yang mempunyai kekuatan? Saya bukan kata mustahil. Tetapi saya tidak lihat ramai yang mampu menjadi demikian. Sebab? Sebab masa mudanya, dihabiskan dengan membina ‘dasar kelemahan’ yang mana dasar ini tidak mampu dijadikan tapak pembinaan peribadi yang berkualiti.
Kamu umur berapa sekarang?
Apa yang telah kamu sumbangkan kepada Islam?
Satu soalan.
Tahukah kamu, apakah umur kita yang Allah kira?
Umur yang telah kita habiskan di atas jalanNya. Selain itu, tidak ada maknanya.
Agak-agak, berapa tahun umur kita di sisi Allah SWT?
Kamu umur berapa sekarang?
Baru 21 tahun?
Atau sudah 21 tahun?

-KK-